◉ HEADLINES

Covid-19: ‘Tempoh imuniti tiga bulan mungkin sudah tidak boleh diguna pakai’

Sesetengah individu boleh dijangkiti semula Covid-19 dalam tempoh masa yang lebih singkat

10:10 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pakar kesihatan awam mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dalam mencegah penularan Covid-19 terutama kepada mereka yang baru dijangkiti virus berkenaan.

Menurut mereka, tempoh imuniti iaitu tiga bulan mungkin ‘sudah tidak lagi boleh diguna pakai’ kerana sesetengah individu boleh dijangkiti semula dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Pakar perubatan kesihatan awam, Datuk Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, walaupun kebanyakan individu tidak dijangkiti semula Covid-19 dalam tempoh tiga bulan selepas pulih, namun beberapa kes menunjukkan ia berlaku.

“Apabila anda menghidap Covid-19, sistem imun bertindak balas dalam beberapa cara. Tindak balas imun ini boleh melindungi anda daripada jangkitan semula selama beberapa bulan. Tetapi ia (sistem imun) berkurangan dari semasa ke semasa.

“Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah mungkin mempunyai tindak balas (imun) yang terhad, atau tidak sama sekali,” katanya kepada Scoop hari ini.

Data mingguan yang disediakan portal Git Hub KKMNow, Kementerian Kesihatan menunjukkan 2,465 kes Covid-19 direkodkanpada 6 Januari lalu, menunjukkan trend sedikit menurun termasuk kemasukan ke hospital dan pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Pada 29 Disember lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memberi jaminan kepada orang ramai bahawa situasi Covid-19 negara kekal terkawal.

Kebanyakan kes yang dilaporkan melibatkan simptom ringan dan tidak memerlukan rawatan hospital.

Bagaimanapun negara seperti Australia telah mengeluarkan amaran mengenai gelombang Covid-19 yang berpunca dariapda varian baharu yang dipanggil JN.1, menurut ABC News.

Dr. Zainal berkata, jangkitan semula boleh dipengaruhi oleh faktor seperti varian baharu Covid-19 atau tahap imun yang lemah susulan jangkitan sebeleum ini.

Sementara itu, pakar virologi Universiti Malaya (UM), Prof. Sazaly Abu Bakar menyangkal dakwaan bahawa individu yang pernah dijangkiti Covid-19 tidak boleh dijangkiti semula dalam tempoh yang singkat.

Beliau berkata, kemungkinan jangkitan semula adalah sangat tinggi namun ‘tidak seteruk’ berbanding jangkitan sebelumnya.

Katanya, varian baharu Covid-19 sangat mudah berjangkit tetapi kurang mengakibatkan maut.

Menurutnya, bagi kes di mana individu yang pada mulanya diuji negatif tetapi kemudiannya positif Covid-19, mereka disarankan membuat ujian kendiri setiap hari.

Beliau juga mencadangkan penggunaan ujian swab hidung yang lebih sensitif berbanding ujian air liur.

Mengulas isu sama, pakar kesihatan awam, Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh pula menasihatkan mereka yang terdedah kepada individu positif Covid-19 supaya menjalankan ujian segera bagi mengelak penularan virus. – 11 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

Daylight heist at Brickfields: Armed gang storms jewellery shop, escapes in minutes

Guard assaulted as masked gang strikes mid-morning, fleeing with valuables in a tightly coordinated raid within minutes

◉ Related