◉ HEADLINES

KPM kumpul pandangan berhubung garis panduan pemakaian seragam sekolah

KPM belum membuat sebarang keputusan lagi berhubung garis panduan itu kerana pihaknya masih mendengar sumbang saran daripada pihak berkepentingan

6:08 PM MYT

 

NIBONG TEBAL – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang mengumpul pandangan dan input daripada semua pihak berhubung garis panduan pemakaian murid ke sekolah, sama ada tidak perlu memakai pakaian seragam untuk sesi persekolahan akan datang.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata setakat ini, KPM belum membuat sebarang keputusan lagi berhubung garis panduan itu kerana pihaknya masih mendengar sumbang saran daripada pihak berkepentingan.

“Kita masih mendengar pandangan dan sumbang saran daripada semua pihak, termasuk pihak berkepentingan seperti ibu bapa dan pemegang taruh berkaitan dengan isu itu, tapi untuk setakat ini kita belum buat sebarang keputusan lagi berhubung perkara tersebut.

“KPM sedang kumpulkan semua input-input itu (sebelum buat keputusan), tapi untuk setakat ini teruskan dengan pemakaian yang ada,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sempena gangguan bekalan air di Pulau Pinang, di Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Seri Nibong di sini hari ini.

Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung garis panduan pemakaian seragam, bagi sesi persekolahan tahun 2024.

Pada 3 Mei 2023, KPM membenarkan murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di semua institusi pendidikannya memakai pakaian atau baju sukan ekoran cuaca panas, dan kebenaran khas itu bertujuan mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Mengulas mengenai lawatan kerjanya, Fadhlina berkata setakat ini pemantauan dari segi pendidikan memperlihatkan guru-guru bersedia untuk pelaksanaan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), selepas semua sekolah di Pulau Pinang melaksanakan PdPR ekoran gangguan bekalan air berjadual selama empat hari bermula semalam.

“Hari ini merupakan lawatan satu hari saya di Pulau Pinang, bagi melihat sendiri dan memantau keadaan tiada air dan ia sedikit sebanyak menjejaskan institusi pendidikan di negeri ini, dan Alhamdulillah sepanjang lawatan menyaksikan komitmen yang tinggi daripada JPN (Jabatan Pendidikan Negeri), PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan sekolah, khususnya guru-guru untuk memastikan pendidikan anak-anak tidak terjejas.

“Sebenarnya ini tempoh yang sangat baik untuk kita perkukuhkan beberapa elemen dalam pendidikan kita, khususnya PdPR dan juga memastikan akses pendidikan kepada anak tetap sampai walau di mana sahaja mereka berada, jadi secara keseluruhan dari segi pendidikan, akses pendidikan tidak ada sebarang masalah,” katanya.

Fadhlina berkata dari segi persediaan simpanan bekalan air terutama di sekolah-sekolah yang berasrama, berjalan lancar dan baik malah pada hari ini sudah ada sekolah yang telah mendapat bekalan air.

Sebelum ini media melaporkan semua sekolah di Pulau Pinang kecuali pelajar tingkatan lima dan kolej prauniversiti, akan menjalani sesi PdPR susulan gangguan bekalan air berjadual selama empat hari, bermula 10 Januari.

Pelajar tingkatan lima dan kolej prauniversiti akan menjalani pembelajaran seperti biasa di sekolah, susulan peperiksaan yang telah dijadualkan. – 11 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related