◉ HEADLINES

Kenyataan Tun M mengenai orang India tidak boleh diterima, tak relevan: Anwar

Kenyataan itu tidak bertanggungjawab daripada mantan Perdana Menteri sekian lama dan kemudian menghina mana-mana kaum, sama ada majoriti atau minoriti

12:21 PM MYT

 

SERDANG – Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas dan membantah kenyataan berbaur perkauman dilontarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kaum India tidak mempunyai kesetiaan sepenuhnya terhadap negara ini.

Perdana Menteri berkata, kata-kata Dr Mahathir itu tidak relevan dan tidak bertanggungjawab.

Malah, katanya, kenyataan itu sama sekali tidak boleh diterima terutama apabila ia dikeluarkan bekas pemimpin yang sudah lama menerajui negara.

“Saya tidak anggap kenyataan Tun Dr Mahathir itu relevan, (kenyataan itu) tidak bertanggungjawab daripada mantan Perdana Menteri sekian lama dan kemudian menghina mana-mana kaum, sama ada majoriti atau minoriti.

“Dia memang terkenal, Melayu baginya malas melainkan dia…India dan Cina dianggap kurang setia, kecuali beberapa kroni dia

“Saya ingat kenyataan itu kita bantah keras, sangat tidak bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan program AI Untuk Rakyat yang diadakan di Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia di sini, hari ini.

Terdahulu, Dr Mahathir menerusi temu bual bersama sebuah media dilaporkan mendakwa, masyarakat India di Malaysia tidak setia sepenuhnya kepada negara ini kerana masih terikat dengan negara asal mereka.

Dakwanya, seseorang itu harus dikenali sebagai ‘orang Melayu’ untuk berhak menganggap Malaysia sebagai negara sendiri.

Malah, beliau berkata, orang India di Malaysia tidak bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa asal mereka, tetapi berkomunikasi dalam bahasa Tamil.

Bukan setakat itu, Dr Mahathir didakwa berkata, masalahnya adalah apabila masyarakat India dan Cina menganggap Malaysia sebagai negara sendiri, tetapi tetap mengamalkan budaya serta adat sendiri.

Kenyataan Dr Mahathir itu mencetuskan ketidakpuasan hati beberapa pihak, termasuk Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang yang kecewa dan membidasnya.

Aaron menyifatkan, sebagai seorang negarawan yang bersama-sama membina Malaysia, Dr Mahathir sepatutnya menjadi ‘ejen’ perpaduan negara dalam menyebarkan mesej kebersamaan.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo pula berkata, Dr Mahathir tidak wajar mempersoalkan kesetiaan kaum India dan Cina di Malaysia kepada negara ini, semata-mata mereka berkomunikasi dalam bahasa ibunda serta menganut budaya dan adat resam mereka sendiri.

Ia kerana, katanya, Malaysia adalah negara berbilang kaum dan rakyatnya terdiri daripada latar belakang agama dan budaya berbeza, malah Perlembagaan Persekutuan dengan jelas mengiktiraf perkara ini.

“Perlembagaan Persekutuan juga menerangkan bahawa kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan itu sendiri, tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan hanya agama, bangsa, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.

“Ia juga diterima umum bahawa ramai rakyat kita bercakap lebih daripada satu bahasa yang kebanyakannya mahir dalam Bahasa Malaysia dan bahasa ibunda mereka sendiri, termasuk antara lain, Cina, Tamil, Iban atau Kadazan,” katanya menerusi kenyataan. – 16 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related