◉ HEADLINES

31,600 jemaah terima surat tawaran haji bermula hari ini

Tawaran itu membabitkan 40 peratus jemaah haji kumpulan B40, 58 peratus M40 serta dua peratus T20

11:50 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seramai 31,600 jemaah haji bagi tahun ini 1445H/2024 akan mula menerima surat tawaran haji bermula hari ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Syed Hamadah Syed Othman berkata, berdasarkan pecahan, tawaran itu membabitkan 40 peratus jemaah haji kumpulan B40, 58 peratus M40 serta dua peratus T20.

Menurutnya, penentuan kategori jemaah itu berdasarkan semak silang data kerajaan yang tepat.

Beliau berkata, sehubungan itu, bakal haji Malaysia perlu mencukupkan bayaran haji dan lulus pemeriksaan kesihatan sebelum menjawab surat tawaran tersebut dalam tempoh 11 hari bekerja melalui aplikasi THiJARI atau mengunjungi mana-mana cawangan TH berdekatan.

“Berdasarkan kuota yang diberikan kerajaan Arab Saudi, seramai 31,600 jemaah akan menerima surat tawaran haji berbanding dengan hampir empat juta pendeposit TH yang mendaftar dan masih menunggu untuk giliran haji.

“Pada 2023, seramai 500 jemaah menolak bantuan sama ada secara penuh atau sebahagiannya, mencerminkan penghayatan kefahaman konsep istito’ah.

“TH berharap lebih ramai bakal jemaah kali ini akan menghayati konsep istito’ah dan semoga Allah SWT mengurniakan keberkatan dan mendapat haji yang mabrur,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Tiga pengecualian kos penuh diberikan kepada rayuan. – Gambar Tabung Haji, 19 Januari, 2024

Beliau berkata, bagi bakal haji yang membuat rayuan luar giliran untuk menunaikan haji secara Muassasah perlu membayar penuh kos haji melainkan rayuan sebagai mahram kepada jemaah, rayuan sebagai pembantu kepada jemaah lanjut usia atau pembantu kepada jemaah kurang upaya terpilih.

Sementara itu, Syed Hamadah memaklumkan bagi pemilihan bakal haji, TH mengutamakan jemaah yang berbaki pada 1444h/2023 dan gilirannya pada 1445h/2024.

“Ini adalah berdasarkan sistem pendaftaran haji berasaskan prinsip yang dahulu didahulukan dan rayuan haji melalui platform atas talian THiJARI akan dibuka mulai 26 Januari ini,” katanya. – 19 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related