◉ HEADLINES

Saman pengguna TikTok: Presma perlu bincang lanjut dengan peguam

Tindakan saman sepatutnya difailkan pada Isnin lalu melalui peguam dilantik persatuan

10:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) perlu mengadakan perbincangan lanjut bersama barisan peguamnya sebelum memfailkan saman terhadap seorang pengguna TikTok yang mendakwa tahap kebersihan di restoran mamak menjijikkan.

Perkara itu dimaklumkan Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan kepada Scoop bagi menjawab persoalan mengenai tindakan saman terhadap individu tersebut yang sepatutnya difailkan Isnin lalu.

“Selasa atau Rabu ini kita akan duduk bersama AJK (ahli jawatankuasa) Presma dan peguam bagi memutuskan beberapa perkara kerana minggu ini jadual kita agak padat.

“Tetapi proceed (failkan saman) tetap dilakukan,” katanya.

Minggu lalu, Presma menegaskan akan memfailkan saman terhadap seorang pengguna media sosial susulan video mendakwa tahap kebersihan dan penyediaan makanan di restoran mamak menjijikkan.

Tindakan itu sepatutnya dilakukan Isnin lalu (15 Januari) melalui peguam dilantik pihak persatuan.

Datuk Jawahar Ali Taib Khan perlu mengadakan perbincangan lanjut bersama barisan peguamnya sebelum memfailkan saman terhadap seorang pengguna TikTok yang mendakwa tahap kebersihan di restoran mamak menjijikkan. – Gambar Scoop, 20 Januari, 2024

“Tidak kira sama ada pengguna TikTok itu sudah memadam atau menurunkan kandungan video tersebut atau sebaliknya, saman tetap saman,” kata Jawahar.

Sebelum ini Presma menafikan sekeras-kerasnya dakwaan pengguna media sosial berkenaan.

Presma percaya dakwaan atau fitnah dibuat pengguna TikTok itu adalah kenyataan jahat, tidak berasas dan tidak disokong sebarang fakta serta bukti.

Menerusi video tular itu, pengguna TikTok terbabit memberi pesanan supaya jangan menikmati hidangan di kedai mamak yang melakukan empat benda meloyakan tekak.

Dia mendakwa nasi beriani dibaluti ‘spender’ (seluar dalam) lelaki yang terjadi di sebuah kedai mamak di Kuala Lumpur.

Malah, dia mendakwa berlaku perkara toyol kencing dalam makanan, penggunaan air mandian untuk membuat kuah kari dan terdapat restoran mamak menghidangkan kuah dal mengandungi najis yang dibekukan berwarna hitam. – 20 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related