◉ HEADLINES

Cadangan bina loji janakuasa Labuan dibawa ke Kabinet 24 Januari

Cadangan loji janakuasa itu yang diterajui Petronas, ialah usaha sama dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah (SEC) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan sasaran penyiapan projek itu ditetapkan pada 2027

4:02 PM MYT

 

LABUAN – Cadangan pembinaan loji janakuasa baharu oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk menangani gangguan bekalan elektrik berterusan di pulau bebas cukai ini akan dibincangkan semasa mesyuarat Kabinet pada 24 Jan ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata cadangan loji janakuasa itu yang diterajui oleh Petronas, ialah usaha sama dengan Suruhanjaya Tenaga Sabah (SEC) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dengan sasaran penyiapan projek itu ditetapkan pada 2027.

“Kami akan membentangkan cadangan projek loji janakuasa baharu ini ke Kabinet untuk diluluskan, diikuti dengan langkah seterusnya iaitu pasukan teknikal akan berusaha untuk memuktamadkan Surat Hasrat (LoI),” katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam berkata pasukan teknikal itu terdiri daripada wakil daripada Petronas, Suruhanjaya Tenaga (ST), SEC, SESB dan beberapa agensi kerajaan Sabah yang berkaitan.

“Matlamatnya adalah untuk memastikan projek yang dimuktamadkan itu merangkumi pertimbangan pengedaran, penjanaan dan permintaan.

“Menurut Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abd Rahman, Labuan memerlukan sekurang-kurangnya 150 megawatt, tetapi loji sedia ada mempunyai kapasiti 130 megawatt,” katanya kepada pemberita selepas melawat projek penggantian paip di tangki agihan utama air di Pulau Enoe di sini hari ini.

Beliau berkata jika bekalan kuasa terbukti mencukupi untuk Labuan, ia berpotensi diperluas untuk manfaat Sabah.

Fadillah berkata jawatankuasa teknikal mesti ditubuhkan untuk memuktamadkan isu berkaitan dengan projek yang dicadangkan itu.

“Kerja jawatankuasa dijangka selesai pada September ini,” katanya.

Terdahulu, Fadillah diberikan taklimat mengenai pelbagai isu berkaitan dengan bekalan tenaga di Labuan dan operasi SESB di stesen janakuasa di Patau-Patau.

Beliau berkata cadangan pembinaan loji janakuasa baharu itu selaras dengan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa lawatannya ke Labuan pada Disember tahun lepas.

Anwar pada sesi pertemuan ketika itu berkata penyelesaian jangka panjang bagi masalah gangguan bekalan elektrik di Labuan perlu dibuat, justeru kerajaan Persekutuan mencadangkan Petronas membina sebuah stesen janakuasa baharu bagi menangani masalah berkenaan. – 21 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

What the pork!? – Rocky Bru

Rocky Bru reflects on a surprise in-flight warning about Malaysia’s pork import ban, tracing its public health roots and the politics of pig farming through a seasoned traveller’s lens

◉ Related