◉ HEADLINES

Ahli Parlimen Tanjong Karang isytihar sokongan kepada Perdana Menteri

Zulkafperi berkata, tindakan itu dilakukan sepenuh hati tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak

2:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi hari ini mengisytiharkan memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bertujuan untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasannya terus terbela dan akan mendapat pelbagai manfaat termasuk peningkatan infrastruktur dan keperluan setempat.

Menurutnya, pengisytiharan sokongan itu tanpa sebarang paksaan dan tekanan daripada mana-mana pihak dan dilakukan dengan sepenuh hati demi kepentingan penduduk Tanjong Karang.

“Menyedari keperluan kepada kestabilan politik dan kelancaran pemulihan ekonomi negara serta menginsafi keperitan kehidupan rakyat dengan kos sara hidup yang menghimpit ketika ini, maka saya, selaku Ahli Parlimen Tanjong Karang mengisytiharkan untuk memberi sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri, bermula hari ini.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan kepada dasar dan inisiatif Kerajaan Madani yang mengutamakan kebajikan, pembangunan, ekonomi dan kepentingan rakyat sehingga Pilihan Raya Umum akan datang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas Zulkafperi lagi, beliau masih kekal sebagai ahli Bersatu dan tidak akan mengkhianati parti itu.

Bagaimanapun, katanya, demi memastikan kelangsungan kawasan Tanjong Karang seiring dengan pemerintahan peringkat Persekutuan, adalah wajar untuk beliau bersama dengan kepimpinan Putrajaya yang diketuai Anwar.
“Buat semua penduduk Tanjong Karang yang sangat saya kasihi, marilah kita bekerjasama dan menyokong Kerajaan Madani pada hari ini.

“Marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa memberkati bumi bertuah ini dan kita semua mendapat limpahan pembangunan sebagaimana yang kita harapkan,” katanya.

Zulkafperi menjadi pemimpin pembangkang keenam yang mengumumkan sokongan kepada Anwar setakat ini selepas Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (PN-Bukit Gantang) yang turut berbuat demikian pada 28 November tahun lalu.

Turut menyatakan sokongan kepada kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini adalah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan). – 24 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related