◉ HEADLINES

Polis wanita didakwa lagi, terima rasuah RM3,000

Wanita itu yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

2:22 PM MYT

 

SHAH ALAM – Selepas dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi pertuduhan setuju menerima rasuah, seorang sarjan polis wanita didakwa lagi di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anaknya bagi kesalahan cabul, dua tahun lepas.

Nur Mastisha Maidinsha, 39, mengaku tidak bersalah telah secara rasuah memperoleh bagi dirinya satu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM3,000 daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan ke atas anak lelaki tersebut bagi kesalahan cabul.

Wanita itu yang bertugas sebagai penolong pegawai penyiasat di Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, didakwa melakukan perbuatan tersebut di sebuah stesen minyak di Batu 9, Cheras dekat sini pada 8.05 malam, 12 Oktober 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atiqah Mohamad Alias memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin bagi kes rasuah yang dihadapi Nur Mastisha di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

“Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam menetapkan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di ibu pejabat SPRM Putrajaya pada setiap minggu pertama setiap bulan. Sehubungan itu, kami memohon kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama kes dihadapinya semalam (setuju terima rasuah),” katanya.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam tidak membantah permohonan berkenaan.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan permohonan mengenai jaminan dan syarat tambahan serta memindahkan kes itu ke Mahkamah Sesyen Jenayah Kuala Lumpur selain menetapkan tarikh sebutan di mahkamah tersebut pada 17 Mac depan.

Semalam di Kuala Lumpur, polis wanita terbabit mengaku tidak bersalah bersetuju bagi menerima suapan RM3,000 daripada seorang lelaki sama sebagai dorongan tidak mengambil tindakan terhadap anak lelaki itu. – 30 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related