◉ HEADLINES

‘Sentiasa menunggu kepulangan mu’ Nooryana luah kerinduan pada bapanya, Najib Razak

Nooryana menulis demikian ketika tercetus spekulasi mengenai pengampunan Najib

3:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Nooryana Najwa meluahkan perasaan rindu kepada bapanya, Datuk Seri Najib Razak menerusi coretan di dalam Instagram Story hari ini berlatar belakangkan alunan piano ‘Fix You’.

“Sentiasa menunggu kepulangan mu, However long it takes (walau berapa lama ia mengambil masa)’ demikian tulis Nooryana disusuli dengan emoji ‘tangan berdoa’ dan muka menahan sebak.

Nooryana menulis demikian ketika tercetus spekulasi mengenai pengampunan Najib, yang sebelum ini hangat dibincangkan sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Malah, kelmarin, media tempatan melaporkan Lembaga Pengampunan mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dengan antara agenda mesyuarat terbabit adalah mengenai hukuman penjara yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Pada 10 Januari lalu, pasukan pembelaan Najib yang diketuai oleh peguamnya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menafikan dakwaan sebuah portal berita bahawa Lembaga Pengampunan akan memutuskan permohonannya untuk pengampunan diraja pada akhir Januari.

Beliau berkata, mereka tidak menerima sebarang kemas kini mengenai permohonan itu setakat Disember lalu.

Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada Ogos 2022 lalu mengekalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta atau penjara lima tahun sekiranya gagal membayar denda ke atas Najib kerana menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Ketika ini, Najib masih berdepan tiga lagi kes mahkamah termasuk penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB yang kini di peringkat perbicaraan dengan pendakwaan telah memanggil saksi ke-46, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, 76.

Dua lagi kes ialah pecah amanah jenayah berjumlah RM6.6 bilion berhubung pembayaran kepada International Petroleum Investment Company (IPIC) dan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebanyak RM27 juta, yang masing-masing masih di peringkat pengurusan kes. – 31 Januari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related