◉ HEADLINES

Polis siasat posting mendakwa Taib Mahmud ‘diculik’ dari sebuah hospital di Sarawak

PDRM mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular terbabit

3:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak sedang menyiasat satu hantaran di media sosial berhubung kes ‘membawa keluar’ bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital di negeri terbabit.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pihaknya telah mengesan satu posting (hantaran) tular melibatkan bekas pemimpin negeri itu yang dimuat naik dalam laman media sosial.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu membawa keluar bekas Yang Dipertua Negeri dari sebuah hospital.

“Kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular satu hantaran kononnya Abdul Taib telah diculik dari hospital di Sarawak oleh seorang ahli keluarganya.

Laporan itu mendakwa lewat malam Sabtu lalu, seorang ahli keluarga terdekat telah mengeluarkan semua peralatan perubatan yang melekat pada tubuh Taib Mahmud tanpa memaklumkan kakitangan hospital.

Mancha berkata, sehubungan itu, pihaknya menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara itu dan tidak membuat sebarang spekulasi.

“Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan pekhidmatan rangkaian dan lain-lain,” katanya. – 5 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Bangsar bars warn of 20% price hike as new alcohol tax looms

Bar owners say the upcoming 10% excise duty under Budget 2026 could squeeze margins, drive drinkers to cheaper alternatives, and push small operators to the brink

◉ Related