◉ HEADLINES

“Saya tidak peduli surat sokongan”: Anwar

Perdana Menteri menegaskan budaya surat sokongan bagi mendapatkan pembiayaan syarikat Bumiputera mesti dihentikan, sambil mendedahkan amalan itu telah mereputkan agensi sejak dahulu dan menjadi punca kegagalan perniagaan — dengan pinjaman diberi atas kaitan politik, bukan keupayaan sebenar

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran keras supaya budaya pemberian surat sokongan bagi mendapatkan pembiayaan syarikat Bumiputera dihentikan, sambil mendedahkan ia menjadi antara punca kegagalan syarikat golongan itu di negara ini.

“Saya tidak peduli ketua cawangan ke, ketua bahagian ke, Yang Berbahagia ke… bagi surat apa, saya tidak mahu. Saya sudah beri amaran… ada keupayaan, kita bantu.”

Anwar berkata surat sokongan yang diwarisi sejak dahulu telah mereputkan agensi Bumiputera, apabila pinjaman diberikan bukan atas merit tetapi kerana kaitan rapat dengan pihak tertentu.

“Surat sokongan itu sudah lama menjadi cara hendak mereputkan agensi Bumiputera seperti yang kita warisi sejak dahulu.

Mengapa kita bagi pinjaman? Sebab dia ada kaitan rapat dengan orang tertentu atau surat kuning, hijau dan biru. Ini masalah yang merosakkan kita. Akhirnya kita bantu, (tetapi) perniagaan itu lingkup kerana orang tidak komited.”

Beliau turut mendedahkan wujud laporan lama mengenai pihak yang memperoleh pembiayaan tetapi menjual lesen perniagaan untuk komisen, malah ada yang menggunakan dana untuk pejabat mewah, kenderaan dan “isteri kedua”.

“Sama juga kita tahu ada laporan dulu yang bagi pinjaman, kemudian (digunakan) untuk pejabat yang indah, kenderaan dan isteri kedua. Jadi, kegiatannya ialah menjual lesennya dan mendapat komisen. Ia perlu dihentikan. Kita bicara Bumiputera, semua hendak popular tetapi tidak berani menegur ketempangan yang ada.”

Anwar menegaskan kenyataan itu mungkin tidak menyenangkan sesetengah pihak, namun perlu diungkap demi membetulkan keadaan.

“Saya tahu ramai tidak senang dengan sergahan saya begini rupa tetapi ini adalah kenyataan. Berapa puluh bilion yang lingkup dalam penyelarasan saham Bumiputera?”

Beliau berkata demikian ketika merasmikan SParK 2026: Transformasi Niaga anjuran PUNB, yang menghimpunkan usahawan Bumiputera, tokoh korporat dan pemain industri sempena ulang tahun ke‑35 perbadanan itu. – 4 Julai, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related