◉ HEADLINES

Loke hargai AirAsia, tawar penerbangan tambahan tengah malam pada kadar tambang tetap

Inisiatif itu membolehkan lebih ramai rakyat Sabah dan Sarawak mampu pulang meraikan Tahun Baharu Cina dengan tambang serendah RM298

8:38 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berterima kasih kepada AirAsia kerana menyokong inisiatif kerajaan dalam menyediakan penerbangan tengah malam pada kadar tambang tetap ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena Tahun Baharu Cina.

Menerusi video terbaharu di Facebooknya hari ini, Loke berkata, inisiatif yang diambil oleh syarikat penerbangan tempatan itu menjadikan ia lebih mampu ditampung untuk rakyat Sabah dan Sarawak pulang ke kampung meraikan Tahun Baharu Cina dengan tambang serendah RM298.

“Saya ingin berterima kasih kepada AirAsia kerana menyokong inisiatif kerajaan menyediakan lebih banyak penerbangan tambahan tengah malam pada tambang tetap,” katanya.

Sebagai menunjukkan penghargaannya terhadap usaha dibuat oleh AirAsia itu, Loke juga telah memberikan kemeja-T merah percuma kepada penumpang penerbangan AK9070 ke Sibu, Sarawak pada 7 Februari lalu, simbol kepada kemakmuran dalam meraikan ketibaan Tahun Naga hari ini.

Pada 15 Disember lalu, Loke mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi subsidi kepada pembelian tiket penerbangan kelas ekonomi melebihi RM599 untuk perjalanan sehala dari Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan, selama tiga hari sebelum musim perayaan utama termasuk Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Kaamatan, Hari Gawai dan Krismas. – 10 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related