◉ HEADLINES

Lima unit rumah di Flat Sri Sabah, Cheras terbakar

Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 11.22 malam, JKM bantu penempatan sementara mangsa

10:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lima unit rumah di tingkat 17, Blok 70, Flat Sri Sabah, Cheras dekat sini musnah dalam kebakaran malam tadi.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nordin Pauzi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.19 malam dan menggerakkan 55 pegawai daripada empat buah balai bomba berhampiran dan dibantu 39 pegawai agensi-agensi lain.

Katanya, hanya tingkat atas di Blok 70 flat berkenaan terjejas melibatkan lima daripada enam buah rumah.

“Ada enam buah rumah di tingkat itu tetapi lima terlibat kebakaran. Paling terjejas rumah nombor tiga. Api dapat dikawal sepenuhnya pada jam 11.22 malam.

“Mungkin ada masalah di bahagian atas (bumbung) dan api merebak ke kawasan lain. Kita akan jalankan siasatan lanjut. Tiada kecederaan dilaporkan dan semua mangsa terlibat telah diasingkan dan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam sidang media di lokasi kejadian.

Beliau menambah, dalam kejadian itu ada dua unit kediaman yang kosong dan berkemungkinan penghuninya bercuti atau berada di luar sempena cuti Tahun Baharu Cina.

“JKM bantu untuk penempatan sementara. Kita akan benarkan penduduk lain khususnya di tingkat 16 pulang ke kediaman masing-masing pada jam 2 pagi ini.

“Mungkin mereka akan berdepan masalah tekanan air, bekalan elektrik tiada masalah,” katanya.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa menerusi laman X memaklumkan, pihak penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut bersama membantu memadam kebakaran dengan pihak bomba terlibat.

“Saya terima maklum berkenaan kejadian kebakaran di beberapa unit rumah di Flat Sri Sabah sebentar tadi.

“Pihak penguat kuasa DBKL telah bersama-sama bomba bagi membantu memadamkam kebakaran tersebut.

“Saya telah meminta DBKL menyediakan segala bantuan yang diperlukan dengan segera,” katanya. – 12 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related