◉ HEADLINES

Ketua Polis Johor terima ancaman bom

Komisioner M Kumar berkata, ancaman itu diterima beliau menerusi e-mel hari ini dan pihaknya sudah membuat laporan mengenainya

11:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – ‘Ya, saya terima ancaman bom dengan e-mel rasmi’, dedah Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar ketika mengesahkan perkara itu kepada media.

Beliau berkata, e-mel itu diterima daripada individu yang menghantar ugutan sama kepada beberapa pihak dan agensi kerajaan, termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB).

“Modus operandi suspek sama dengan hantar e-mel. MBJB ada buat laporan polis, pihak kita (polis) pun ada buat laporan polis, mahkamah saya tak nampak setakat ini belum.

“Setakat ini polis Johor menerima dua laporan berkaitan e-mel ancaman itu,” katanya pada ketika ditemui pada Program Menyantuni Petugas Ops Selamat di Johor Bahru, malam ini yang turut dikongsikan di Facebook.

Beliau berkata, semakan pihaknya mendapati e-mel itu dihantar suspek menggunakan alamat sama seperti diterima beberapa pihak dalam kes pada Disember tahun lalu.

“Kita percaya orang sama (hantar) tapi kita dah periksa ia (menggunakan) akaun palsu dan kita percaya, orang yang hantar tu individu sama,” katanya.

Ditanya mengenai apakah motif suspek, Kumar berkata, pihaknya belum dapat mengenalpasti perkara itu dan siasatan masih dijalankan.

“Kadang-kadang kita nak cakap apa yang difikir orang ni susah, hanya dia tahu apa yang dia fikir.

“Mungkin pada saya dia nak mewujudkan suasana ketegangan, tetapi saya ingin memberi amaran tegas di sini apa dilakukan orang ini adalah salah dan pihak polis akan mengambil tindakan tegas,” katanya.

Kumar berkata, pihaknya ketika ini sedang menjalankan siasatan, termasuk bagi mengesan suspek.

“Apa-apa perkembangan kita akan maklum kemudian,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, tiga premis kerajaan di Johor Bahru Selatan menerima e-mel mengandungi unsur ancaman bom daripada individu sama hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, e-mel diterima ketiga-tiga premis kerajaan itu dipercayai berpangkalan di luar negara.

Menurutnya, satu daripada tiga premis itu adalah Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Bukit Senyum.

“Nampaknya pengirim e-mel tersebut tidak spesifik kepada satu-satu tempat sahaja, sebaliknya secara umum,” katanya Raub. – 12 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related