◉ HEADLINES

Suasana hiba selubungi upacara persemadian Daniel, Roshaan

Daniel disemadikan dalam upacara tertutup di Nirvana Memorial, Park Shah Alam, manakala Roshaan diberi penghormatan di Krematorium Hindu Johor Bahru

4:50 PM MYT

 

SHAH ALAM – Jasad juruterbang, Daniel Yee Hsiang Khoon, 30, dan pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina, 43, yang maut dalam insiden pesawat terhempas di Kapar pada Selasa lepas, selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran hari ini.

Suasan suram dan sedih menyelubungi upacara persemadian mendiang Daniel Yee yang diadakan secara tertutup di Nirvana Memorial Park, di sini pada kira-kira 12 tengah hari, dengan kehadiran ahli keluarga serta kenalan yang berpakaian serba hitam dan putih bagi memberi penghormatan terakhir.

Di Johor Bahru, jasad mendiang Roshaan turut diberikan penghormatan terakhir secara tertutup sebelum dibawa dari rumah keluarganya di Sunway Bukit Lenang ke Krematorium Hindu Johor Bahru pada 12.40 tengah hari untuk upacara pembakaran.

Jasad pembantu juruterbang, Roshaan Singh Raina yang dibawa menggunakan Toyota Vellfire selamat disemadikan menerusi upacara pembakaran di Krematorium Hindu Johor Bahru, hari ini. – Gambar Bernama, 15 Februari, 2024

Hujan renyai mengiringi upacara di krematorium itu yang dihadiri kira-kira 100 orang termasuk ahli keluarga

Roshaan dan Daniel Yee maut dalam insiden pesawat jenis model BK 160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, pada 1.45 tengah hari, dengan kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat di kawasan ladang kelapa sawit.

Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada 1.28 tengah hari untuk penerbangan rekreasi. – 15 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related