◉ HEADLINES

Bekas KSN dilantik Pengerusi Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan

Enam lagi anggota baharu EAIC diumumkan bagi tempoh sehingga 31 Januari 2027

5:47 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Senarai tujuh anggota Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 Februari 2024 sehingga 31 Januari 2027, diumumkan hari ini.

Bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Ismail Bakar dilantik sebagai Pengerusi EAIC.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan itu mendapat perkenan bekas Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 24 Januari lalu.

Katanya, pelantikan itu selaras dengan Subseksyen 5(1) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 [Akta 700].

Selain Ismail, anggota lain adalah Datuk Dr Prasad Sandosham Abraham yang juga timbalan pengerusi; Datuk Seri Dr Yusof Ismail; Datuk Seri Dr Razali Ab Malik; Datuk Dr Mohd Gazali Abas; Datuk Ong Lam Kiat dan Datuk Siti Zainab Omar.

“Semoga pelantikan ini akan memperkukuh pelaksanaan fungsi dan keberkesanan EAIC ke arah memastikan mutu penguatkuasaan yang efektif dan berintegriti dalam kalangan pegawai penguat kuasa dan agensi penguatkuasaan,” katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan juga merakamkan penghargaan kepada barisan Pesuruhjaya EAIC yang terdahulu diketuai Tan Sri Sidek Hassan yang telah melengkapkan perkhidmatan mereka di suruhanjaya tersebut pada 30 Jun tahun lalu. – 20 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related