◉ HEADLINES

Tidak puas hati urus niaga jual kucing punca kejadian samun

Dua suspek berjaya ditahan dan dua kucing jenis British Short Hair dan Munchkin turut dirampas

11:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tidak berpuas hati dalam urus niaga penjualan kucing menjadi punca kejadian samun di Bandar Utama, Petaling Jaya yang tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan M Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, laporan mengenai insiden itu dibuat mangsa lelaki berusia 26 tahun pada 18 Februari lalu.

Susulan itu, katanya, dua suspek yang juga warga tempatan berjaya ditahan dan dua kucing jenis British Short Hair dan Munchkin dirampas.

“Polis turut merampas dua beg kucing, sebuah telefon bimbit jenama iPhone 14 Pro Max, kunci kereta dan sebuah kereta jenis Honda Civic yang dipercayai digunakan dalam kegiatan samun itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Hussin, kedua-dua suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau direman selama lima hari bermula 19 Februari lalu sehingga hari ini.

“Suspek berusia 27 tahun mempunyai satu rekod lampau manakala suspek 29 tahun ada empat rekod lampau.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Hussin berkata, kertas siasatan kes berkenaan sudah dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 20 Februari lalu.

“Kedua-dua lelaki itu dituduh mengikut seksyen sama di Mahkamah Petaling Jaya, kelmarin. Mereka mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan jenayah aktiviti mencurigakan di daerah ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 untuk tindakan lanjut,” katanya. – 23 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related