◉ HEADLINES

Polis tumpaskan aktiviti edar dadah guna sampul tertulis ‘Boarding Pass’

Penggunaan sampul tertulis ‘Boarding Pass’ untuk mengedar itu menjadi modus operandi lelaki berkenaan untuk mengelak aktivitinya dikesan oleh pihak berkuasa

6:10 PM MYT

 

PETALING JAYA – Polis menumpaskan aktiviti memproses serbuk jus dadah dan mengedar dadah menggunakan sampul tertulis ‘Boarding Pass’ atau pas penerbangan susulan penahanan seorang lelaki di sebuah studio mewah di Sungei Way, di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Shahrulnizam Ja’afar berkata suspek berusia 26 tahun itu ditahan pada 10.40 malam selepas polis menyerbu kediaman yang disewanya dengan kadar RM1,300 sebulan serta merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM406,309 dari premis itu.

Beliau berkata antara yang dirampas ialah lima peket plastik lut sinar mengandungi dadah disyaki pil ekstasi, dua peket plastik lut sinar disyaki mengandungi dadah jenis ketamin, 28 keping aluminium disyaki mengandungi pil Erimin 5, 304 peket plastik disyaki mengandungi serbuk ekstasi serta beberapa peralatan memproses jus dadah.

“Turut disita wang tunai RM320 dan satu unit Ipad Apple bernilai RM2,500,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini, hari ini.

Shahrulnizam percaya penggunaan sampul tertulis ‘Boarding Pass’ untuk mengedar itu sebagai modus operandi lelaki berkenaan untuk mengelak aktivitinya dikesan oleh pihak berkuasa.

Beliau berkata lelaki yang positif dadah dan aktif mengedar dadah di sekitar Lembah Klang sejak dua tahun lepas itu direman enam hari sehingga ke hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Sementara itu Shahrulnizam berkata seorang lagi suspek berumur 31 tahun yang turut menghuni kediaman tersebut dan disyaki terlibat dalam aktiviti itu masih diburu polis. – 29 Februari, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related