◉ HEADLINES

Lelaki mabuk cuba rampas senjata api polis, keluarkan kata-kata kesat direman empat hari

Suspek cuba merampas senjata api jenis HK MP5 (submesingan) yang disandang anggota polis, tetapi berjaya dihalang

6:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Lelaki mabuk yang ditahan ketika cuba merampas senjata api milik seorang anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang, pagi tadi, direman empat hari sehingga 22 Mei ini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, kejadian bermula pada jam 4 pagi tadi apabila anggota bertugas didatangi seorang lelaki warga tempatan yang berada di bawah pengaruh alkohol.

Menurutnya, lelaki terbabit mengarahkan polis membuka pintu pagar sambil memaki hamun dengan mengeluarkan kata-kata kesat.

“Anggota polis telah memberi amaran dan menasihati suspek agar bererdar meninggalkan kawasan balai.

“Namun suspek tidak menghiraukan nasihat dan amaran sebaliknya terus menghampiri anggota bertugas dan cuba merampas senjata api jenis HK MP5 (submesingan) yang disandang anggota terbabit, tetapi berjaya dihalang.

“Suspek kemudiannya mengambil topi keledar dan cuba menyerang anggota bertugas sehingga menyebabkan berlakunya pergelutan semasa proses tangkapan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata, suspek berusia 35 tahun dan mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah dan dua rekod berkaitan dadah.

“Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 353 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 90 Akta Polis 1967.

Terdahulu Scoop melaporkan, seorang lelaki ditahan selepas dikatakan cuba merampas senjata daripada anggota bertugas di sebuah balai di Pulau Pinang.

Suspek sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan stabil. – 19 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related