◉ HEADLINES

KPKM anjur libat urus bersama pihak berkepentingan industri padi dan beras

Ia susulan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Feb lalu

8:26 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) mengadakan satu sesi libat urus bersama pihak berkepentingan industri padi dan beras kelmarin, susulan keputusan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (Naccol) yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Feb lepas.

KPKM dalam kenyataan memaklumkan mesyuarat khas terbabit bersetuju supaya KPKM mengadakan kajian dan perbincangan lanjut berhubung industri padi dan beras secara menyeluruh dengan mengambil kira harga belian padi, faktor bekalan, harga beras import dunia, kemampanan bekalan beras tempatan dan kesan kepada pengguna.

“Menerusi sesi libat urus ini, segala pandangan, ulasan serta input yang diberikan akan diperhalusi serta dikaji sebaiknya melibatkan kepentingan semua pihak dalam rantaian nilai industri padi dan beras.

“… bermula daripada pesawah, pengilang, pemborong serta peruncit seterusnya pengguna sebelum diangkat satu pelan tindakan baharu industri padi dan beras untuk pertimbangan Mesyuarat NACCOL pada 20 Mac kelak,” menurut kenyataan itu.

Menurut KPKM sesi libat urus itu dipengerusikan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu serta dihadiri pelbagai pihak berkepentingan di sepanjang rantaian nilai industri padi dan beras yang terdiri daripada wakil persatuan pengilang, pemborong, peruncit dan restoran.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPKM Datuk Lokman Hakim Ali, Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Datuk Azman Mahmood serta beberapa wakil daripada Padiberas Nasional Berhad, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Kementerian Kewangan, Kementerian Ekonomi, Kementerian Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah. – 2 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related