◉ HEADLINES

Yusuf Islam bakal wujudkan ‘Peace Train’ di Malaysia

Beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini

12:11 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Yusuf Islam, pemuzik dari Britain yang dahulunya dikenali sebagai Cat Stevens, merancang untuk menubuhkan sebuah pertubuhan amal, Peace Train di Malaysia, tidak lama lagi.

Penyanyi dan penulis lagu itu memberitahu Bernama bahawa beliau memilih Malaysia sebagai cawangan bagi menubuhkan Peace Train pertama di luar negara, kerana imej negara ini.

“Peace Train ialah organisasi aktif yang menghantar makanan ke pihak perbandaran, kem pelarian dan kadangkala ke sekolah.

“Di UK (United Kingdom), kami membantu banyak kanak-kanak yang sangat miskin. Ini jenis projek yang kami lakukan, berdasarkan ajaran Nabi Muhammad (saw) untuk memberi makan kepada orang ramai dan menyebarkan keamanan,” katanya.

Ditanya sama ada pertubuhan amal itu akan ditubuhkan pada tahun ini?, beliau menjawab: “Ya, jika kita boleh melepasi kerenah birokrasi.”

Yusuf berkata beliau telah menyampaikan rancangan itu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Beliau (Anwar) sangat mengalu-alukan. Beliau sedang menunggu stesen (Peace Train) dibuka,” katanya.

Sejak April 2020, Peace Train telah menyediakan hampir empat juta makanan di UK dan di luar negara.

Peace Train ialah lagu ciptaan pada 1971 oleh Cat Stevens yang diambil dari album Teaser and the Firecat.

Lagu itu melonjak naik ke No.7 carta Billboard Hot 100 AS pada minggu 6 Nov 1971, sekali gus ia menjadi lagu terbaik dalam US Top 10 hit.

Penyanyi itu memeluk Islam pada 23 Dis 1977, dengan menukar nama kepada Yusuf Islam pada 1978. – 2 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

◉ Related