◉ HEADLINES

Kenaikan kos sara hidup: Kerajaan didesak pertimbang pengeluaran KWSP bersasar

Pelaksanaan pengeluaran itu boleh dilakukan mengikut keperluan mendesak seseorang pencarum bagi meneruskan kelangsungan hidup

1:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran wang simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu itu berkata, kerajaan seharusnya mengambil serius tuntutan dan rayuan pencarum untuk menggunakan wang sendiri.

“Saya menyokong usaha rakan-rakan pencarum KWSP menuntut pengeluaran simpanan KWSP secara bersasar. Mewakili rakyat yang sedang tertekan, saya mendesak kerajaan membenarkan pengeluaran secara bersasar.

“Secara prinsipnya, wang simpanan KWSP adalah wang pencarum, bukan wang kerajaan. Maka sepatutnya kerajaan mengambil serius tuntutan dan rayuan mereka (pencarum) untuk menggunakan wang sendiri.

“Kenaikan kos sara hidup mendadak akibat kegagalan kerajaan yang tidak kompeten ini menambah kesusahan mereka,” katanya.

Wan Saiful berkata, pelaksanaan pengeluaran itu boleh dilakukan mengikut keperluan mendesak seseorang pencarum bagi meneruskan kelangsungan hidup dan diperhalusi untuk setiap pencarum, tidak memukul rata untuk semua pihak.

“Kriteria sasaran boleh ditentukan oleh kerajaan termasuklah menyeimbangkan antara keperluan mendesak hari ini dengan keperluan menabung untuk hari tua.

“Jangan pukul rata semua pencarum. Seharusnya perkara ini diperhalusi secara case-by-case,” katanya.

Terdahulu Wan Saiful menerima memorandum daripada badan bukan kerajaan yang mewakili tuntutan pencarum KWSP di luar pekarangan bangunan Parlimen.

Antaranya Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat, Global Human Rights Federation, Shashi Kumar dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). – 4 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related