◉ HEADLINES

Semakan gaji penjawat awam hampir selesai: PM

Kajian SSPA itu adalah sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani

11:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang membabitkan skim gaji baharu perkhidmatan awam sudah berada di peringkat akhir.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, SSPA baharu itu dijangka diumumkan sebelum akhir tahun ini selepas 10 tahun gaji penjawat awam tidak dinaikkan sebelum ini.

Menurutnya, melalui SSPA baharu itu, kerajaan juga akan mengkaji bagi memberi kelonggaran kepada wanita untuk bekerja dalam tempoh kerja lebih pendek supaya dapat memberi perhatian lebih kepada keluarga.

“Kita sedang mengkaji dan saya akan bincang dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz supaya memberi ruang dan kelonggaran (bagi wanita).

“Umpamanya biasanya kerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, tetapi kalau bekerja mungkin selama empat jam, mengikut kadar upah mungkin kurang, tetapi kita boleh manfaatkan wanita yang merasa terdesak untuk jaga kepentingan anak-anak di rumah.

“Malaysia akan menjadi negara pertama yang memberi pengiktirafan seumpama itu kepada wanita untuk terus bekerja, selain menjaga rumah tangga jika ia direalisasikan,” katanya ketika berucap sempena Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, malam ini.

Hadir sama adalah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Kajian SSPA itu adalah sebagai inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia Madani.

Anwar sebelum ini berkata, hasil kajian SSPA dijangka diumumkan selewat-lewatnya suku keempat tahun ini.

Katanya, sudah tiba masanya proses itu dicepatkan bagi memberi manfaat kepada penjawat awam di seluruh negara. – 8 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related