◉ HEADLINES

29 tempat jadi lokasi rasmi tengok anak bulan Ramadan petang ini

Pengisytiharaan 1 Ramadan 1445 Hijriah akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja malam ini

9:08 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktiviti melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan tarikh permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia akan berjalan serentak di 29 lokasi cerapan rasmi di seluruh negara petang ini.

Bagi Wilayah Persekutuan, tiga lokasi rasmi adalah di Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan Tingkat 10, Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan melaksanakan Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1445 Hijriah itu.

“InsyaAllah, pengisytiharaan 1 Ramadan 1445H akan diumumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja pada malam ini,’’ katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, antara lokasi lain di seluruh negara ialah di Pontian Kecil, Johor dan Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara di Melaka.

Selain itu Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson di Negeri Sembilan serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam di Selangor.

Lokasi melihat anak bulan di Perak adalah di Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru di Manjung; Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh di Pulau Pinang; serta Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar, Alor Setar di Kedah. – 10 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Axelsen confirms split from wife, just over a week after World Championships withdrawal

The Dane revealed the news on social media on Tuesday evening, saying the decision to part ways was made on amicable terms

◉ Related