◉ HEADLINES

McDonald’s tarik balik saman ke atas BDS Malaysia

McDonald's Malaysia juga akan terus menyokong rakyat Palestin yang terkesan menerusi sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin

1:52 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — McDonald’s Malaysia menarik balik saman ke atas badan bukan kerajaan (NGO), Boycott, Divestment and Sanctions BDS (Boikot, Penjualan, Sekatan) Malaysia.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata ia susulan hasil positif mediasi dan penjelasan yang dibuat BDS dalam kenyataan terkini mereka bahawa McDonald’s di Israel tidak ada kena-mengena dengan McDonald’s Malaysia.

“Dengan hasil positif mediasi dan penjelasan yang dibuat oleh BDS dalam kenyataan terkini mereka, tindakan pengendali McDonald’s di Israel sama sekali tiada kena mengena dengan McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman fitnah tersebut.

“Kami tetap teguh dengan pendirian kami untuk tidak menyokong dan tidak terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan.

“Setelah beroperasi selama lebih empat dekad di Malaysia dan sebagai perniagaan 100% milik Muslim, kami berbangga menjadi sebahagian daripada anggota masyarakat di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Azmir berkata, McDonald’s Malaysia tegas mengutuk semua bentuk keganasan dan berdoa peperangan akan segera tamat.

McDonald’s Malaysia, juga katanya akan terus menyokong rakyat Palestin yang terkesan menerusi sumbangan kepada Tabung Kemanusiaan Palestin dan pelbagai inisiatif pengumpulan dana oleh warga kerja mereka.

“Kami berharap keputusan yang dibuat hari ini membolehkan semua pihak berganding bahu dan menumpukan usaha mencari penyelesaian demi menegakkan keadilan,” katanya.

Kempen boikot produk tersebut bermula selepas 7 Oktober tahun lalu, apabila gambar askar Israel sedang menikmati hidangan McDonald’s tular di media sosial.

Bagaimanapun, McDonald’s Malaysia, yang beroperasi di sini sejak 1982 berkata, pihaknya sentiasa telus dan konsisten dalam komunikasinya dan tidak menyokong atau membenarkan konflik semasa di Timur Tengah.

Operasi McDonald’s di sini dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd. yang pada 2017 diambil alih sepenuhnya oleh syarikat Reza Group dari Arab Saudi dan rakan kongsi perniagaan tempatan. – 22 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related