◉ HEADLINES

Serangan pengganas: Wisma Putra sahkan semua rakyat Malaysia di Moscow selamat

Rakyat Malaysia di Moscow dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini kejadian itu

2:55 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Luar (Wisma Putra) mengesahkan semua rakyat dan pelajar Malaysia yang berdaftar di Moscow berada dalam keadaan selamat.

Bagaimanapun, katanya, rakyat Malaysia di Moscow dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini kejadian itu.

“Malah, rakyat Malaysia di negara berkenaaan juga disaran mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti nasihat dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan sekurang-kurangnya 60 terbunuh dan lebih ramai lagi cedera dalam serangan pengganas di dewan konsert, Crocus City Hall, pinggir Moscow, semalam.

Serangan itu disifatkan yang terburuk di Russia apabila sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan dan meletupkan bahan api di tempat kejadian.

Susulan insiden itu, Kementerian Luar menegaskan Malaysia mengutuk serangan keganasan di dewan konsert, Crocus City Hall, semalam yang mengorbankan 60 orang awam dan lebih 145 cedera.

Malah katanya, Malaysia menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan Russia serta keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan tersebut.

“Pendirian negara amat jelas iaitu menolak sekeras-kerasnya segala tindakan keganasan dan ekstremisme dalam semua bentuk dan manifestasi.

“Malaysia akan terus menekankan keperluan untuk usaha yang bersepadu di peringkat antarabangsa bagi menghapuskan tindakan keganasan secara menyeluruh dan berkesan,” katanya. – 23 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia suffers RM2.7bil losses from online scams in 11 months, reveals CCID

Bukit Aman’s Commercial Crime Investigation Department highlights telecommunications and e-commerce fraud as the biggest culprits in rising cybercrime figures

Thai oil giant pulls plug on Lang Lebah as Petronas-Petros feud looms large

Once dubbed Malaysia’s ‘project of the year’, Sarawak offshore project now faces an uncertain future amid budget blowouts and state-federal oil disputes with US$1 billion cost overrun

◉ Related