◉ HEADLINES

Lelaki patah kaki, kepala terhentak kes ragut rantai leher

Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan

2:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki cedera dan patah kaki kanan selepas terjatuh daripada motosikal dalam kejadian ragut di Jalan 4/62a, Bandar Sri Menjalara di sini, semalam.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner, Ahmad Sukarno Mohd Zahari selepas pihaknya menerima laporan daripada teman wanita mangsa.

Beliau berkata, laporan itu diterima daripada wanita berumur 23 tahun terbabit semalam pada kira-kira jam 2.22 petang yang memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

“Siasatan lanjut mendapati, ketika kejadian pengadu bersama teman lelakinya sedang berjalan di tepi kaki lima kedai, namun diragut seorang lelaki yang menunggang motosikal,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ahmad Sukarno berkata, suspek dengan pantas menarik rantai leher milik pengadu, menyebabkan teman lelakinya bertindak mengejar peragut terbabit.

“Teman lelaki pengadu berjaya membonceng di belakang motosikal suspek, namun suspek bertindak memecut motosikalnya sehingga teman lelaki pengadu terjatuh dan terhentak di kepala serta patah kaki kanan.

“Mangsa dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan masih trauma,” katanya.

Menurutnya, hasil semakan mendapati kejadian berlaku semalam pada kira-kira jam 1 tengah hari.

Pada masa sama, polis mengesan sebarang klip video berkenaan kejadian terbabit yang dikongsi pengguna media sosial.

Katanya, pihak polis meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi serta menyebarkan maklumat tidak tepat berkenaan insiden itu.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

“Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan bersama-sama menjaga kesejahteraan serta keharmonian,” katanya.

Tindakan tegas, katanya, akan diambil terhadap individu yang melanggar undang-undang.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat terhadap insiden ini, boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi talian 03-40482222,” katanya. – 24 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related