◉ HEADLINES

10.03 juta rakyat Malaysia sudah kemas kini Padu

Jumlah individu yang mengemas kini maklumat meningkat secara mendadak menjelang tarikh akhir pendaftaran esok

11:02 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jumlah rakyat di negara ini yang mengemaskini maklumat dalam Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) meningkat kepada 10.03 juta atau 44.8 peratus setakat 12.30 tengah hari tadi.

Jumlah individu yang mengemas kini maklumat meningkat secara mendadak menjelang tarikh akhir pendaftaran esok.

Menerusi data dikongsikan Facebook rasmi Padu, daripada jumlah berkenaan, paling tinggi mendaftar adalah mereka yang menetap di Selangor dengan 1.59 juta orang.

Ia diikuti Johor dengan 1.13 juta, Perak (1 juta) Sarawak (0.90 juta), Sabah (0.84 juta), Kedah (0.78 juta), Kelantan (0.69 juta), Kuala Lumpur (0.58 juta), Pulau Pinang (0.57 juta) dan Pahang (0.56 juta).

Selain itu, Terengganu dengan 0.47 juta, Negeri Sembilan (0.43 juta), Melaka (0.31 juta), Perlis (0.11 juta), Putrajaya (0.03 juta) dan Labuan (0.2 juta).

Pada 2 Januari lalu, Padu dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pangkalan data berkaitan maklumat asas demografi, pendidikan, pekerjaan, pendapatan, komitmen dan bantuan yang diterima rakyat.

Objektifnya untuk menyediakan pangkalan data utama negara bagi penghasilan analitik berkala dan digitalisasi tanpa ketirisan, menggubal dasar dan proses membuat keputusan berpacukan data, selain mengimbangi kedudukan fiskal menerusi pelaksanaan dasar secara bersasar.

Terdahulu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, penyasaran semula subsidi nanti akan menggunakan maklumat yang ada dalam sistem Padu.

Selain itu Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) giat menyusun pelbagai strategi termasuk menambah 300 kaunter fizikal di seluruh negara dalam memastikan proses mengemas kini maklumat dalam sistem Padu. – 30 Mac, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related