◉ HEADLINES

Puad Zarkashi sangsi siapa sebenarnya lempar bola api di KK Mart

Starbucks, McD juga diboikot tetapi tidak pula dilempar dengan bola api

12:59 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Umno hari ini menyatakan kesangsian terhadap pihak sebenar yang bertanggungjawab melemparkan bola api dalam kejadian di dua cawangan KK Mart.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata, Starbucks dan McDonald’s juga diboikot tetapi tidak pula dilempar dengan bola api.

Beliau turut menyelar kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali yang menuduh tindakan Ketua Pemuda Umno, Dr Muhamad Akmal Saleh membenihkan ‘ekstremisme’.

“DAP lebih sudu dari kuah. Tahukah Sheikh Umar, Starbucks dan McD juga diboikot. Tetapi tidak pula dilempar dengan bola api.

“Itu sebab kita sangsi siapa sebenarnya yang lempar bola api pada KK Mart,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Puad juga mendakwa, pihak yang membela KK Mart ingkar dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar menghentikan kontroversi stoking tertera kalimah Allah.

“Nampaknya pembela KK Mart terus bersuara menghentam Dr Akmal. Mereka ingkar titah YDP Agong agar hentikan kontroversi stoking tertera kalimah Allah,” katanya.

Oleh itu katanya, bukan sahaja Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetapi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga perlu membuat siasatan.

“Mungkin ada parti politik berkepentingan. Membisu. Sokong pula macam ‘nak rak’ juga,” katanya sinis.

Semalam Sheikh Umar, yang juga naib pengerusi DAP Johor menegaskan tidak mempunyai masalah dengan niat Akmal mahu mempertahan Islam daripada dihina, namun tindakannya kadangkala bernuansa provokatif sehingga disifatkan ‘tidak bertanggungjawab dan berlebihan’.

Beliau bimbang pendekatan Akmal mendorong masyarakat Islam negara ini bertindak ganas atas nama agama.

Terdahulu satu lagi cawangan KK Mart di Kuantan, Pahang diserang bom petrol telah menyebabkan kebakaran kecil di hadapan pintu masuk kedai serbaneka itu semalam.

Sebelum ini, cawangan KK Mart di Jalan Bruseh, Bidor, Perak turut mengalami nasib serupa. – 1 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related