◉ HEADLINES

Insya-Allah tahun ini juga saya cuba selesaikan permohonan kewarganegaraan masih tertangguh: Saifuddin

Katanya, bagi memastikan permohonan itu diselesaikan secepat mungkin, beliau akan meluangkan masa setiap hari menyemaknya

6:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail memberi jaminan bahawa beliau akan cuba menyelesaikan tahun ini semua permohonan kewarganegaraan yang masih tertangguh.

Beliau berkata, malah menjadi tekadnya untuk membantu memudahkan semua pemohon bagi memastikan segala syarat dan prosedur dipenuhi.

Menurutnya, beliau tahu masih ramai pemohon yang menunggu terlalu lama bagi mendapatkan status kewarganegaraan.

“Ini tekad saya untuk membantu semua asalkan memenuhi segala syarat dan prosedur yang sudah ditetapkan.

“Insya-Allah, tahun ini juga saya akan cuba selesaikan semua permohonan yang masih tertangguh. Doakan,” katanya menerusi Facebook.

Saifuddin berkata, bagi memastikan permohonan tertangguh itu diselesaikan secepat mungkin, beliau meluangkan masa setiap hari untuk menyemak dokumentasi berkenaan.

“Setiap hari sebelum pulang ke rumah dari pejabat, saya pasti akan menyemak satu persatu helaian permohonan kewarganegaraan untuk dibuat keputusan dengan kadar segera,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, Saifuddin berkata, sebanyak 3,903 permohonan taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan membabitkan individu bawah 21 tahun diberi keputusan setakat 7 Mac 2024.

Katanya, daripada jumlah itu, 80 peratus permohonan diluluskan manakala selebihnya ditolak kerana tidak lengkap dan tidak melepasi tapisan keselamatan.

“Permohonan lengkap yang selesai kita proses, mereka akan mendapat notifikasi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan apabila mereka mendapat surat itu, barulah mereka boleh melakukan proses selanjutnya.

“Mereka kena datang JPN, buat sejumlah bayaran, akan dikeluarkan sijil kewarganegaraan dan kemudian boleh keluar dokumen diri berkaitan,” katanya. – 3 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related