◉ HEADLINES

Cuaca panas: Elak pakai baju tebal, ketat ketika keluar rumah

Cara mengurangkan kesan akibat cuaca panas melampau adalah minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dilakukan, hadkan aktiviti luar

12:35 PM MYT

 

KOTA BHARU – Orang ramai dinasihatkan untuk tidak memakai pakaian tebal dan ketat ketika melakukan aktiviti luar kerana ia menghalang haba keluar daripada penyejatan peluh berikutan cuaca panas ketika ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, situasi lebih teruk boleh berlaku sehingga menyebabkan dehidrasi, kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma) dengan beberapa gejala seperti sakit kepala, pening, lemah otot atau kekejangan selain mengalami mual dan muntah.

“Jika mempunyai gejala berkaitan suhu panas, individu terbabit perlu segera keluar dari kawasan panas, tanggalkan pakaian yang ketat, letakkan kain basah dan sejuk pada badan.

“Gunakan kipas untuk sejukkan badan, minum air setiap 15 minit dan dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Zaini berkata, antara golongan berisiko menjadi mangsa cuaca panas adalah individu yang terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan polis.

Individu yang banyak terlibat dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera dan polis antara golongan berisiko menjadi mangsa cuaca panas. – Abdul Razak Latif/Scoop, 6 April, 2024

“Selain itu, orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas) mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding mereka yang lebih muda, serta penghidap penyakit sistem pernafasan, darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

“Oleh itu, cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau adalah perlu minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal dilakukan, hadkan aktiviti luar, kerap berehat, mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan,” katanya.

Semalam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) memaklumkan satu kes kematian baharu akibat strok haba dilaporkan berlaku minggu ini menjadikan kes kematian berkaitan cuaca panas kepada dua orang.

Kematian pertama melibatkan individu berumur 22 tahun di Pahang pada 2 Februari, manakala mangsa kedua melibatkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun di Kelantan yang meninggal dunia pada Isnin lepas. – 6 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related