◉ HEADLINES

Lelaki dipercayai bunuh, bakar bapa saudara ditahan polis

Mangsa dilaporkan hilang sejak 16 April lalu

4:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan mengenai penemuan serpihan tulang yang telah dibakar di kawasan hutan di belakang sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kipaliu, Ranau, Sabah.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, tulang itu dipercayai milik bapa saudara lelaki berkenaan yang dilaporkan hilang sejak 16 April lalu.

Walau bagaimanapun katanya, kesemua serpihan tulang yang ditemukan itu akan dihantar ke Jabatan Kimia, Kota Kinabalu, Sabah untuk tujuan analisis perbandingan DNA (asid deoksiribonukleik).

“Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau bertindak menahan seorang suspek lelaki yang merupakan anak saudara mangsa, berusia antara 48 hingga 50 tahun, tidak jauh dari lokasi kejadian untuk membantu siasatan, pada jam 10 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Pihak Polis menyeru orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini yang boleh mengganggu siasatan serta menggugat ketenteraman awam dan menyerahkan tindakan kepada pihak polis.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh menghubungi Polis Daerah Ranau di talian 088-875222,” katanya. – 19 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related