◉ HEADLINES

Ketua Polis Negara, warga PDRM ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar

PDRM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jenazah bekas Ketua Polis Negara itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Selangor

9:22 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama Timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar yang meninggal dunia akibat sakit buah pinggang, awal pagi tadi.

PDRM menerusi hantaran di Facebook memaklumkan, jenazah bekas Ketua Polis Negara itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

“Allahyarham yang berumur 85 tahun meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor awal pagi tadi dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Selangor.

“Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat-Nya dan ditempatkan bersama orang-orang beriman serta beramal soleh,” katanya.

Untuk rekod, Mohammed Hanif merupakan Ketua Polis Negara keempat dan pernah memegang jawatan tersebut selama 20 tahun iaitu dari 1974 sebelum bersara secara rasmi pada 16 Januari 1994.

Lahir pada 16 Januari, 1939 di Teluk Intan, Perak, Mohammed Hanif terlibat dalam menangani beberapa insiden keselamatan termasuk krisis tawanan Bangunan AIA pada tahun 1975.

Beliau mengasaskan unit antipengganas Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta menukarkan nama Ibu Pejabat Polis Jalan Bluff kepada Bukit Aman.

Selepas bersara, Mohammed Hanif dilantik sebagai ahli Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004-2005.

Mohammed Hanif kemudian dilantik sebagai ahli panel khas siasatan ke Aminulrasyid Amzah pada 2010, seorang pelajar sekolah yang mati mengejut selepas ditembak mati oleh polis ketika memecut melarikan diri kerana memandu kereta tanpa lesen berhampiran rumahnya di Shah Alam.

Beliau juga merupakan penaung Yayasan Pengaman Malaysia dan pengerusi Panel Siasatan Perhimpunan Bersih 3.0.

Terdahulu, anaknya, Kapten (B) Abdul Rahmat Omar memaklumkan bapanya meninggal dunia jam 2.15 pagi tadi.

Jenazah kini berada di kediamannya di Laman Seri dekat Seksyen 13, Shah Alam sehingga jam 10 pagi untuk urusan ziarah.

Selepas itu, jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam untuk dimandikan, dikafankan dan disembahyangkan.

Allahyarham meninggalkan isteri, Toh Puan Hamidah Abdul Hamid serta lima orang anak. – 20 April, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related