◉ HEADLINES

Malaysia tidak sokong kegiatan, pembiayaan kumpulan pengganas

KDN memahami kebimbangan disuarakan Amerika Syarikat berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini

5:34 PM MYT

 

KAJANG – Malaysia berpendirian teguh tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas serta terus komited untuk membanteras pembiayaan aktiviti keganasan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) memahami kebimbangan disuarakan Amerika Syarikat (AS) berhubung dakwaan wujudnya aktiviti penyaluran dana kepada kumpulan pengganas di negara ini.

“Pagi tadi, Brian Nelson (Setiausaha Rendah Perbendaharaan AS bagi Keganasan dan Risikan Kewangan) dan delegasinya menemui saya dan juga pasukan KDN. Perkara itu (pembiayaan keganasan) dibentangkan.

“Mereka bertanyakan tentang komitmen kita terhadap usaha membanteras pembiayaan keganasan. Kita sebut dari sudut komitmen serantau di peringkat Asean ataupun di peringkat global atau di polisi di peringkat KDN sekalipun (tidak menyokong kegiatan kumpulan pengganas),” katanya.

Saifuddin Nasution berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Program Penerapan Nilai-Nilai Murni Sambutan Aidilfitri Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di sini hari ini.

Beliau berkata wakil AS itu juga dimaklumkan bahawa Malaysia mempunyai pelan strategik yang sangat jelas dalam menangani kegiatan pembiayaan dan penggubahan wang haram.

“Dasar dan strategi yang digariskan kita (KDN) selaras dengan ketetapan global baik di peringkat Basel II atau Basel III (Perangkaan bebas indeks risiko pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganas). Mereka (AS) jelas tentang perkara itu dan mereka menghargai usaha yang kita buat,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata pada pertemuan itu Nelson turut menyuarakan berkenaan dakwaan pembabitan pertubuhan, individu dan syarikat di negara ini dalam aktiviti pembiayaan keganasan.

“Apa yang mereka bentangkan kepada kita berdasarkan kepada maklumat sepihak yang mereka ada, yang memerlukan beberapa proses verifikasi di peringkat kita.

“Kita tegaskan bahawa polisi Malaysia hanya mengiktiraf sekatan yang dikemukakan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan bukan sekatan oleh satu-satu negara dan delegasi AS menghormati pendirian kita,” katanya.

Beliau berkata Malaysia sentiasa bersikap terbuka untuk bekerjasama dengan AS bagi membanteras isu pembiayaan keganasan dan perkara tersebut harus bersifat menyeluruh serta tidak boleh menjadi usaha sepihak sahaja. – 9 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Of Chinese gangs, a M’sian ex-deputy minister, and Burmese rebels: KL event ensnared in Myanmar scam centre?

Human rights group reveals event at JW Marriott for controversial Dongmei Zone, which allegedly sourced billions of ringgit in investments from prominent individuals, and reported by Chinese human trafficking victim to be rife with crime, drugs, brothels

◉ Related