◉ HEADLINES

KPM perkenal Program Pembentukan Karakter 2027 perkukuh sahsiah, nilai murni murid

KPM berkata, pada peringkat sekolah rendah dan menengah, masa khusus selama 60 minit seminggu akan diperuntukkan dalam jadual

9:40 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Program Pembentukan Karakter yang diperkenalkan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah satu daripada inisiatif utama di bawah kurikulum persekolahan 2027 bagi melahirkan murid yang bersahsiah unggul, beradab dan bertanggungjawab.

KPM dalam satu kenyataan memaklumkan, program itu adalah anjakan strategik dalam sistem pendidikan negara bagi memperkukuh pembangunan sahsiah dan nilai murni secara menyeluruh serta berstruktur dalam kalangan murid.

“Pada peringkat prasekolah, ia akan dilaksanakan secara bersepadu menerusi aktiviti harian pembelajaran,” kata kenyataan itu.

Pada peringkat sekolah rendah dan menengah pula, masa khusus selama 60 minit seminggu akan diperuntukkan dalam jadual waktu bagi membolehkan aktiviti pembentukan karakter dilaksanakan secara terancang dan berfokus.

Program itu menekankan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan kepada aktiviti yang menumpukan penghayatan nilai, tingkah laku positif, serta penerapan adab dan akhlak dalam konteks kehidupan seharian murid.

Menurut KPM, inisiatif itu cerminan komitmen KPM untuk melahirkan generasi yang holistik dalam aspek akademik, sahsiah dan jati diri. – 17 Oktober, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related