◉ HEADLINES

Lawatan PM ke Qatar jana potensi eksport RM700 juta: Tengku Zafrul

Komitmen eksport berjumlah RM700 juta itu menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan Malaysia

8:42 AM MYT

 

DOHA – Lawatan singkat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Qatar telah berjaya menjana potensi eksport barangan dan perkhidmatan bernilai kira-kira RM700 juta, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Tengku Zafrul berkata, komitmen eksport itu diterima daripada pelbagai pemimpin utama industri Qatar semasa mesyuarat meja bulat perniagaan bersama Perdana Menteri semalam.

“Alhamdulillah, kita terima komitmen (eksport) berjumlah RM700 juta. Ia sekali gus menunjukkan keyakinan syarikat Qatar terhadap produk dan perkhidmatan kita.

“Selain itu, kita juga lihat potensi Asia Barat, yang merupakan satu pasaran besar buat Malaysia yang kita boleh teroka,” kata Tengku Zafrul kepada pemberita selepas majlis jamuan makan malam Perdana Menteri bersama diaspora Malaysia.

Majlis makan malam itu yang dihoskan oleh Perdana Menteri dihadiri kira-kira 500 rakyat Malaysia.

Terdahulu hari ini, seramai 45 pemimpin terkemuka industri Qatar daripada 36 syarikat menghadiri mesyuarat meja bulat itu, mewakili sektor seperti makanan dan pemprosesan makanan, farmaseutikal, bahan binaan, hartanah dan pembinaan, pendidikan, hospitaliti dan penjagaan kesihatan, kewangan, penerbangan, runcit/pengedaran dan ekonomi digital.

Semasa dialog meja bulat itu, Anwar, yang juga Menteri Kewangan, mengulangi komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Qatar, khususnya dalam perdagangan dan pelaburan.

Beliau juga berkata, daya tarikan menarik Malaysia dengan sistem infrastruktur yang kukuh, kedaulatan undang-undang, tenaga kerja mahir dan boleh dilatih, pelaksanaan projek berdisiplin dan ekosistem perniagaan yang rancak menjadikan ia destinasi menarik bagi pelabur yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai hab pembuatan atau perkhidmatan strategik mereka bagi pasaran Asia, untuk meraih peluang pertumbuhan baharu dan kepelbagaian.

Mesyuarat meja bulat itu juga dihadiri Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir.

Semasa mesyuarat itu, pelabur dan pengimport sedia ada juga menyatakan penghargaan mereka atas usaha Malaysia dalam mewujudkan persekitaran yang memudahkan pelaburan dan pertumbuhan perniagaan.

Perbincangan itu menggariskan komitmen bersama Malaysia dan Qatar untuk meneroka ruang baharu kerjasama, dengan memanfaatkan sinergi antara kedua-dua ekonomi. – 14 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

Malaysia risks missing World Cup 2026 as pressure mounts for Free-to-Air broadcast deal

Analysts urge urgent government intervention to secure accessible coverage of the FIFA World Cup 2026, warning that cost barriers could sideline fans and weaken the nation’s football culture

◉ Related