◉ HEADLINES

‘Itu bodoh dan jahil’, Veteran Umno selar kolumnis dakwa UiTM ‘apartheid’

Veteran Umno turut menyokong desakan Pemuda Umno supaya Sia memohon maaf dan artikel itu ditarik balik

9:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Veteran Umno menyifatkan penulisan kolumnis, Andrew Sia yang mendakwa Universiti Teknologi Mara (UiTM), mengamalkan sistem ‘Apartheid’ sebagai bodoh dan jahil mengenai sejarah pendidikan negara.

Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, artikel ditulis kolumnis itu lebih berunsur hasutan dan dikategorikan menyentuh 3R (kaum, agama, raja).

“Veteran Umno menyokong desakan Pemuda Umno supaya Sia memohon maaf dan artikel itu ditarik balik.

“Itulah cara yang terbaik supaya Sia tidak ‘sial’,” katanya hari ini.

Semalam, Malaysiakini menerbitkan artikel tulisan Andrew bertajuk ‘Our apartheid academy, UiTM’ yang turut mempersoalkan adakah UiTM harus dinamakan semula sebagai ‘Universiti Tempat Melayu’.

Aparteid dikatakan sebagai dasar segregasi kaum yang begitu zalim, iaitu memuliakan kaum orang putih berbanding kulit hitam di Afrika Selatan.

Susulan itu, Ketua Pemuda Umno Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa permohonan maaf kerana penulisan terbabit, jelas mengguris hati orang Melayu, khususnya kumpulan yang pernah menuntut ilmu di institusi pendidikan berkenaan.

Selain itu Mustapha berkata, pihaknya mencadangkan supaya kerajaan mengezetkan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi khusus untuk orang Melayu dan Bumiputera.

“Ini bagi mengelakkan sebarang salah tafsiran dan buruk sangka kepada institusi itu.

“Kalau perlu ianya hendaklah didaftarkan sebagai harta intelek orang Melayu,” katanya.

Tambahnya, sejak ditubuhkan UiTM berjaya melahirkan ratusan ribu graduan di dalam pelbagai bidang.

“Mereka berkhidmat dalam perkhidmatan awam, swasta, ahli perniagaan, ahli poliitik dan profesional yang diiktiraf dunia,” katanya. – 23 Mei, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related