◉ HEADLINES

Lori guna kontena Israel diarah patah balik ke Thailand

Hasil semakan mendapati kontena berlogo ‘ZIM’ dilarang untuk memasuki Malaysia kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel

10:24 AM MYT

 

KUALA LUMPUR — Sebuah lori membawa kontena tertera logo ZIM diarah berpatah balik ke Thailand oleh penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Perlis selepas didapati kontena yang digunakan berasal dari Israel.

Pengarah Kastam negeri, Ismail Hashim berkata, kejadian berlaku pada 2 Jun lalu pada jam 12.03 tengah hari ketika lori dari negara jiran itu membawa kontena berisi dagangan ayam sejuk beku memasuki terowong mesin pengimbas di Unit Dagangan Jalan Raya, Kompleks ICQS Padang Besar.

Katanya, semasa proses imbasan imej, pengendali mesin pengimbas mendapati kontena yang digunakan adalah berasal dari Israel berdasarkan logo ‘ZIM’ yang tertera pada badan dinding luar kontena tersebut.

Kenderaan berserta kontena berisi dagangan itu diarah berpatah balik ke negara jiran pada hari yang sama – Gambar Kastam Perlis, 5 Jun, 2024

“Kenderaan telah ditahan untuk mendapat pengesahan dan pemeriksaan lanjut.

“Hasil semakan bersama pihak agensi kerajaan yang terlibat memaklumkan bahawa kontena berlogo ‘ZIM’ dilarang untuk memasuki Malaysia kerana dipercayai milik syarikat berpangkalan dari Israel,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, kenderaan berserta kontena berisi dagangan itu diarah berpatah balik ke negara jiran pada hari yang sama.

Dalam pada itu, beliau menggesa orang ramai membantu pihak kastam memerangi jenayah penyeludupan serta tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut.

“Penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

“Kita juga menyeru kepada orang awam untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855 atau Pejabat Kastam yang terdekat di semua negeri,” katanya. – 5 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related