◉ HEADLINES

‘Batalkan perhimpunan, jangan buat huru-hara’: Steven Sim

Menteri Sumber Manusia menggesa polis bertindak tegas terhadap demonstrasi antikuil haram di Bukit Mertajam, menegaskan provokasi agama dan kaum hanya mengapi-apikan kebencian serta merosakkan keharmonian negara

11:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong, menggesa penganjur membatalkan perhimpunan antikuil haram yang dijadualkan berlangsung di hadapan Hospital Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Sabtu ini.

Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu menuntut pihak polis bertindak tegas terhadap demonstrasi yang dinamakan “Operasi Terjahan Rumah Anutan Haram” serta memastikan tiada sebarang perhimpunan berlaku.

Tegasnya, tindakan sedemikian hanya akan mengapi-apikan kebencian dan merosakkan keharmonian masyarakat majmuk.

“Malaysia sebuah negara dengan masyarakat yang majmuk. Mana-mana pihak pun tak perlu jadi wira sentimen agama dan kaum. Provokasi berhimpun seperti ini tak membantu untuk menyelesaikan masalah negara, malah mengapi-apikan kebencian yang boleh memusnahkan negara. Batalkan perhimpunan, hentikan provokasi, jangan buat huru-hara,” katanya dalam kenyataan di media sosial tengah malam tadi selepas menerima poster rancangan itu.

Sim turut menegaskan komitmennya membela hak semua rakyat tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

“Saya masuk politik membela hak semua rakyat Malaysia tak kira kaum dan agama. Orang Islam saya jaga, orang bukan Islam saya jaga. Saya tak akan biarkan mana-mana rakyat Malaysia diugut dan dibuli,” tambahnya. – 4 Mac, 2026

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related