◉ HEADLINES

Tempoh reman ibu, bapa Zayn Rayyan dilanjut 6 hari

Perkara itu disahkan peguam pasangan terbabit, Fahmi Abd Moin kepada media

11:41 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Majistret membenarkan tempoh reman ibu bapa Zayn Rayyan dilanjutkan enam hari, hingga 13 Jun ini.

Perkara itu disahkan peguam pasangan terbabit, Fahmi Abd Moin kepada media, dengan memaklumkan perintah berkenaan dikeluarkan Majistret Ainaa Muhamad Kamal.

Terdahulu, kedua-dua suspek tiba di mahkamah dengan berpakaian lokap pada kira-kira jam 9.30 pagi sambil dikawal ketat beberapa anggota polis.

Manakala, puluhan ahli keluarga suspek, termasuk datuk Zayn Rayyan, Zahari Mohd Reba berada di luar bilik mahkamah berkenaan.

Pada 1 Jun lalu, ibu bapa Zayn Rayyan, 6, direman tujuh hari di mahkamah sama, selepas Ainaa membenarkan permohonan daripada pihak polis mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi Scoop berkata, polis akan memohon untuk melanjutkan tempoh reman terhadap ibu dan bapa Zayn Rayyan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan, susulan perintah itu yang dikenakan sebelumnya, tamat hari ini.

Menurutnya, segala aspek masih lagi dalam siasatan.

Pada 5 Disember tahun lepas, Zayn Rayyan, 6, dilaporkan hilang di Damansara Damai, Selangor sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman keesokan hari.

Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher serta badan kerana mempertahankan diri. – 7 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related