◉ HEADLINES

Persimpangan bertingkat lebuh raya SPE selamat, tiada keretakan

Hasil pemeriksaan segera di tapak berkenaan pada 11.30 malam tadi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia, SPE dan konsultan EDP mengesahkan tiada keretakan pada ‘crosshead’, hanya kesan garisan hitam 'construction joint'

4:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemeriksaan yang dijalankan ke atas persimpangan bertingkat Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) mendapati struktur persimpangan bertingkat lebuh raya itu selamat dan tidak terjejas.

Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan, hasil pemeriksaan segera di tapak berkenaan pada 11.30 malam tadi oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), SPE dan konsultan EDP mengesahkan tiada keretakan pada ‘crosshead’.

“Ia hanya kesan garisan hitam iaitu construction joint semasa kerja concreting dahulu.

“Konsultan juga mengesahkan struktur portal lebuh raya tidak terjejas dan selamat. Satu laporan pemeriksaan dan pengesahan selamat akan disediakan dan akan dikemukakan kepada LLM,’’ katanya dalam aplikasi X hari ini.

Semalam tular di media sosial mengenai dakwaan keretakan pada jejambat SPE hingga mencetuskan kebimbangan ramai.

Susulan itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengarahkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan syarikat konsesi Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) membuat pemeriksaan dan penilaian segera di persimpangan bertingkat lebuh raya berkenaan.

Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara ini, Nanta berkata keselamatan semua pihak terutama pengguna jalan raya amat dititik beratkan.

SPE dibuka secara rasmi pada 3 November 2023 bermula dari Setiawangsa ke Kerinchi.

Lebuhraya SPE ini dibahagikan kepada empat seksyen utama iaitu Kerinchi – Salak (Seksyen 1), Salak – Pandan (Seksyen 2), Pandan – Setiawangsa (Seksyen 3) dan juga Setiawangsa – Taman Melati (Seksyen 4) dengan jarak keseluruhan sepanjang 20.7 km, laluan 3 lorong dua hala dan 7 persimpangan bertingkat. – 8 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related