◉ HEADLINES

Penyasaran subsidi diesel: Syarikat pengangkutan, kopi naik harga

Kenaikan harga tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Beberapa syarikat dan premis perniagaan mula menaikkan harga susulan pengumuman penetapan harga runcit diesel pada RM3.35 seliter bermula tengah malam semalam.

Tinjauan Scoop mendapati, antara yang mengambil langkah drastik itu adalah agensi pelancongan yang menawarkan pelbagai kemudahan pengangkutan berpangkalan di Kemaman, Terengganu, Maliaray Holidays Sdn Bhd.

Syarikat tersebut menerusi pengumuman di Facebook memaklumkan semua pakej dan sewaan bas mereka akan mengalami kenaikan harga susulan peningkatan kos operasi agensi berkenaan.

“Selaras dengan pengumuman kenaikan harga diesel dari RM2.15 seliter kepada RM3.35 seliter (kenaikan 55.95 peratus), pihak kami ingin memaklumkan bahawa semua harga pakej dan sewaan bas akan mengalami kenaikan selaras dengan kenaikan kos operasi kami.

“Pihak kami berharap semua pelanggan memahami kenaikan (harga) ini bagi memastikan mutu perkhidmatan kami dapat ditingkatkan,” katanya.

Bagaimanapun usaha Scoop bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung kenaikan harga itu tidak berjaya susulan panggilan tidak dijawab pihak berkenaan.

Sementara itu, jenama minuman kopi milik usahawan tempatan, Kopi Hainan turut memaklumkan kenaikan harga sebanyak 50 sen untuk minuman ‘signature’ kedai terbabit.

Menerusi Instagramnya @kopihainanofficial_, pihak pengurusan memaklumkan kenaikan harga bagi menu Original Kopi Hainan bersaiz 22oz dari RM4.00 ke RM4.50 akan mula dilaksanakan pada 15 Julai depan berikutan faktor kenaikan kos semasa.

“Mewakili pihak Kopi Hainan HQ, kami dengan berbesar hati ingin merakamkan penghargaan atas sokongan anda yang berterusan terhadap jenama dan produk kami.

“Pihak HQ Kopi Hainan telah berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan harga jualan. Namun atas faktor kenaikan kos semasa, pihak kami terpaksa melakukan perubahan harga jualan.

“Mulai 15 Julai ini, harga menu Original Kopi Hainan bersaiz 22oz adalah RM4.50 bagi cawangan di seluruh Malaysia (kenaikan sebanyak RM0.50 sen bagi setiap cawan menu original),” katanya.

Pengumuman tersebut bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang turut menyindir adakah menu kopi tersebut dicampurkan dengan diesel sehingga menyebabkan harganya terpaksa dinaikkan.

“Ada campur minyak diesel ke bos?” tanya @afiyshah.

“Ermmm kita minum kopi lainlah lepas ni,” kata @ismailmdnan.

Selepas dikecam netizen, pihak terbabit memaklumkan kenaikan harga pada menu originalnya bukan disebabkan harga diesel yang naik.

Katanya, harga menu tersebut terpaksa dinaikkan kerana peningkatan kos bahan mentah.

“Kos bahan mentah semasa kami yang dah lama naik seperti susu, cawan plastik dan yang terbaru biji kopi dinaikkan harga oleh pihak pembekal kami.

“Harap anda semua faham dan terima kasih banyak atas sokongan diberikan,” katanya.

Kelmarin, Scoop melaporkan harga runcit diesel di semua stesen minyak di Semenanjung Malaysia ditetapkan pada kadar RM3.35 seliter berkuatkuasa tengah malam semalam, sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan untuk melaksanakan subsidi bersasar.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, harga diesel bagi Sabah, Sarawak dan Labuan, bagaimanapun kekal pada kadar RM2.15 seliter. – 11 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Taib Mahmud: a life of controversies and political intrigue

The diminutive and flamboyant Tun Abdul Taib Mahmud has left an indelible mark on Sarawak and the country, seeing that he was its chief minister for 33 years and later, the governor for nearly a decade.

PayNet confirms DuitNow QR code transaction fee for merchants starting Oct 1

In a statement on the matter, PayNet, the operator of DuitNow QR, clarified that the fee follows the lifting of a waiver on the merchant discount rate, which is charged based on a percentage of the payment transaction value.  

◉ Related