◉ HEADLINES

Polis buru empat lelaki bertopeng guna senjata api samun kedai emas di Kajang

Suspek membawa dua pucuk pistol serta selaras senapang dan melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis sebelum melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan

8:46 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis memburu empat lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun menggunakan senjata api membabitkan sebuah kedai emas di pusat beli-belah di Kajang dekat sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Mohamad Nasir Drahman berkata, siasatan awal mendapati suspek yang memakai topeng dan berpakaian seperti pengawal keselamatan serta bersarung tangan masuk ke premis itu yang terletak di tingkat satu pada 3.17 petang.

“Suspek bertindak memecahkan cermin kaca tempat simpanan emas menggunakan tukul besi sebelum mengambil barang kemas.

“Suspek turut dipercayai membawa dua pucuk pistol serta selaras senapang dan semasa kejadian, suspek telah melepaskan satu das tembakan ke arah dinding premis sebelum melarikan diri melalui tempat letak kenderaan di bawah bangunan,” menurutnya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, jumlah kerugian masih disiasat dan pihaknya sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup selain mengambil keterangan saksi untuk siasatan selanjutnya di bawah Seksyen 3 Akta Senjatapi 1971 (Penalti Lebih Berat).

Mohamad Nasir juga berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran atau Pegawai Penyiasat Mohd Afiq Farhan Mohd Nor di talian 012-244 6768. – 18 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Kuala Lumpur location for Marvel superhero film Thunderbolts

Florence Pugh was in Malaysia and shot scenes in Medan Pasar, Merdeka 118

◉ Related