◉ HEADLINES

Tuduhan ROS tidak lulus pindaan Perlembagaan, pendaftaran ahli Bersatu tak benar: Hamzah

ROS sendiri mengesahkan menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Jun 2024 bahawa proses dan tatacara permohonan pindaan Perlembagaan yang dikemukakan parti ini dilaksanakan dengan teratur

6:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bersatu menafikan dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selat Klang, Datuk Abdul Rashid Asari kononnya berlaku kesilapan dalam proses serta tatacara pindaan Perlembagaan dan pendaftaran keahlian parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, proses tersebut dilakukan dengan penuh ketelitian mengikut lunas Perlembagaan.

“Tuduhan dilemparkan Abdul Rashid adalah tidak benar.

“Bahkan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sendiri mengesahkan menerusi sepucuk surat bertarikh 19 Jun 2024 bahawa proses dan tatacara permohonan pindaan Perlembagaan yang dikemukakan parti ini dilaksanakan dengan teratur mengikut lunas Perlembagaan parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Abdul Rashid yang digugurkan keahlian serta-merta daripada Bersatu mendakwa parti itu melanggar Perlembagaannya kerana menerima keahlian dua Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) iaitu Adun Kuang, Mohd Rafiq Abdullah (Selangor) dan Adun Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus (Pahang) bukan dari kaum pribumi Malaysia.

Katanya, berdasarkan Fasal 7.3 Perlembagaan Bersatu pada 2019, ahli biasa harus pribumi warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas.

Dalam perkembangan berasingan, Hamzah turut menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak injuksi sementara dikemukakan bekas Adun Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim semalam.

Katanya, keputusan itu merupakan satu perkembangan positif yang menjadi pemangkin kepada kejayaan Bersatu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri yang ditetapkan 17 Ogos ini.

“InsyaAllah, perkembangan positif ini akan menjadi pemangkin kepada kejayaan Bersatu dan tentunya ia mempunyai hubung kait dengan urusan pentadbiran parti yang dibuat secara teratur serta cermat,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mengumumkan kerusi DUN Nenggiri dikosongkan.

Keputusan itu dibuat selepas DUN Kelantan pada 13 Jun menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada seorang Adun dan Bersatu mengenai keahlian Mohd Azizi yang hilang daripada Bersatu. – 28 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Penjawat awam kerja dari rumah tiga kali seminggu, syarat daftar SPOT-Me setiap sejam

Tempat bekerja pegawai semasa BDR ialah di rumah yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS) sahaja

◉ Related