◉ HEADLINES

Subsidi diesel: Syor guna ‘Fleet Card’ subsektor tertentu di Sabah, Sarawak: Armizan

Bagaimanapun cadangan itu masih dipertimbangkan, antara lain bagi menambah baik prosedur operasi standard menangani isu ketirisan dan penyelewangan subsidi diesel di negeri berkenaan

8:16 PM MYT

 

PAPAR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan penggunaan mekanisme fleet card bagi subsektor tertentu di Sabah dan Sarawak, meskipun kedua-dua negeri dikecualikan daripada pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali bagaimanapun berkata cadangan itu, masih belum diputuskan dan masih dipertimbangkan, antara lain bagi menambah baik prosedur operasi standard menangani isu ketirisan dan penyelewangan subsidi diesel di negeri berkenaan.

“Jadi, kita tengah pertimbang dan perhalusi apa juga pendekatan, supaya kita dapat menangani isu ketirisan, penyelewengan dan penyeludupan diesel di Sabah dan Sarawak,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program penyerahan bas dan lori daripada sebuah syarikat swasta di sini, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Armizan menjelaskan keputusan kerajaan mengecualikan Sabah dan Sarawak daripada pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel pada masa ini, berdasarkan keperluan serta kepentingan rakyat dan bukannya pertimbangan politik sempit.

Ahli Parlimen Papar itu berkata rasional kerajaan memutuskan perkara tersebut, melihat kepada penggunaan kenderaan pacuan empat roda yang tinggi dalam kalangan rakyat di Sabah dan Sarawak, berikutan faktor geografi dan keadaan infrastruktur jalan raya.

“Orang Sabah menggunakan diesel bukan disebabkan kehendak mereka, tetapi keperluan kerana faktor-faktor tadi,” katanya.

Justeru, Armizan berharap tidak ada mana-mana pihak cuba mempolitikkan keputusan kerajaan itu dalam mengecualikan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel di Sabah dan Sarawak.

“Pada tahun ini, kita menyasarkan bajet yang sama untuk Sabah dan Sarawak iaitu RM3.6 bilion bagi penyasaran subsidi diesel. Jadi, tinggi sebenarnya bantuan daripada Kerajaan Persekutuan untuk Sabah dan Sarawak,” katanya. – 29 Jun, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related