◉ HEADLINES

2 anggota polis cedera, MPV dinaiki ketika bertugas dirempuh Honda City

Kedua-dua anggota terbabit masing-masing berusia 33 tahun mengalami luka di bahagian tangan dan muka selain bengkak di dahi dan kepala

9:35 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dua anggota polis cedera selepas kenderaan unit Kereta Peronda (MPV) dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta Honda City di persimpangan lampu isyarat Persiaran Kayangan – Persiaran Bestari di Shah Alam, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira jam 8.10 malam, kelmarin apabila pemandu MPV polis iaitu Proton Waja menerima panggilan kecemasan berkaitan kes pergaduhan di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam.

Menurutnya, kenderaan itu yang sedang melintasi persimpangan lampu isyarat tersebut dalam keadaan memasang siren dan ‘beacon light’ dilanggar di bahagian sisi kiri oleh Honda City yang bergerak lurus semasa lampu isyarat hijau.

“Kemalangan itu menyebabkan kerosakan di bahagian fender dan pintu sisi kiri rosak, serta cermin hadapan dan sisi kiri penumpang juga pecah.

“Kereta Honda City pula mengalami kerosakan bumper, bonet hadapan serta radiator dan komponen enjin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Iqbal berkata, kedua-dua anggota terbabit masing-masing berusia 33 tahun mengalami luka di bahagian tangan dan muka selain bengkak di dahi dan kepala.

Katanya, pemandu Honda City berusia 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kedua-dua anggota terbabit dikejarkan ke Hospital Shah Alam menggunakan ambulans sejurus kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, beliau turut meminta saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Zaharizul Zamri di talian 019-3229097.

Terdahulu, rakaman kejadian berkenaan tular selepas dimuat naik di aplikasi Tiktok dan Instagram oleh netizen. – 1 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related