◉ HEADLINES

OKU parah dikelar guna pisau lipat di leher oleh penagih dadah

Hasil soal siasat suspek mengaku mengelar mangsa menggunakan pisau lipat, malah dia juga mempunyai rekod kesalahan kes jenayah dan narkotik

11:59 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang pemuda orang kurang upaya (OKU) parah selepas lehernya dikelar menggunakan pisau lipat oleh seorang lelaki di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Taman Kluang Barat, Kluang, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia 45 tahun itu berjaya ditahan berhampiran sebuah stesen minyak dekat Taman Bersatu, Kluang pada jam 6.17 petang.

Menurutnya, mangsa berusia 32 tahun itu dikejarkan ke zon merah Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang untuk mendapatkan rawatan kerana kecederaan di bahagian leher.

“Kami menerima panggilan kecemasan pada jam 1.50 petang memaklumkan kejadian seorang lelaki tempatan dikelar pada lehernya di hadapan sebuah kedai runcit Taman Kluang Barat, Kluang.

“Hasil soal siasat suspek mengaku mengelar mangsa menggunakan pisau lipat. Suspek juga mempunyai rekod kesalahan kes jenayah dan narkotik. Saringan kencing mendapati dia positif dadah jenis morphine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bahrin berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan suspek direman selama empat hari bermula hari ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda atau kedua-duanya,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil dan menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – 1 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related