◉ HEADLINES

Kerja perobohan Stadium Shah Alam guna kaedah konvensional, elak gangguan kepada penduduk

Sejurus perobohan berada di peringkat pertengahan sekitar Oktober depan, kontraktor akan memulakan kerja tanah seperti tambakan bagi mempercepatkan proses pembinaan stadium baharu

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam bagi pembangunan semula Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA) akan menggunakan kaedah konvensional tanpa bahan letupan bagi mengelakkan gangguan bunyi, habuk dan air kepada penduduk.

Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor Perbadanan (MBI), Saipolyazan M Yusop berkata, MBI akan memantau proses tersebut dan laporan dihantar setiap bulan bagi memastikan pelaksanaannya mengikut jadual ditetapkan.

Beliau memberitahu, proses itu menggunakan dua jentera jenis hidraulik breaker.

“Kerja perobohan berlangsung selama setahun dan kita jangka bumbung bangunan mula dibuka penghujung bulan ini atau awal Ogos.

“Sejurus perobohan berada di peringkat pertengahan sekitar Oktober depan, kontraktor akan memulakan kerja tanah seperti tambakan bagi mempercepatkan proses pembinaan stadium baharu,’’ katanya ketika meninjau kerja perobohan stadium berkenaan semalam.

Kakitangan Menteri Besar Selangor (Perbadanan) melakukan pemantauan semasa kerja-kerja perobohan dilakukan ketika tinjauan di Stadium Shah Alam hari ini. – Gambar Bernama, 2 Julai, 2024

Saipolyazan turut memaklumkan kerja perobohan akan berlangsung selama setahun dan dijangkakan bahagian bumbung bangunan akan mula dibuka pada penghujung bulan atau awal Ogos ini.

“Sejurus perobohan berada di peringkat pertengahan sekitar Oktober depan, kontraktor akan memulakan kerja tanah seperti tambakan bagi mempercepatkan proses pembinaan stadium baharu,’’ katanya.

MBI katanya, turut menyeru semua pihak berkuasa tempatan (PBT) yang memerlukan kerusi untuk digunakan di stadium masing-masing boleh membuat permohonan kepada pasukan projek.

“Terdapat 86,000 kerusi di stadium ini dan kerja-kerja pembukaan bumbung dijalankan selepas semuanya selesai dibuka. Setiap PBT boleh memanfaatkan kerusi sedia ada dan kita akan asingkan kerusi yang rosak,’’ katanya. – 2 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related