◉ HEADLINES

Bersatu bimbang PRK Sg Bakap pengaruhi keputusan Speaker Dewan Rakyat

Speaker sebelum ini memaklumkan akan membuat keputusan dalam tempoh 21 hari susulan notis diberikan Bersatu kepada beliau

9:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul perlu membuat keputusan segera berhubung pengosongan enam kerusi Ahli Parlimen Bersatu bagi mengelakkan kemenangan Perikatan Nasional (PN) di Sungai Bakap mempengaruhi pertimbangannya.

Bercakap kepada Scoop, Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, Johari perlu membuat keputusan apabila Dewan Rakyat bersidang minggu depan dan memastikan keputusan itu tidak berunsurkan politik.

“Beliau akan buat keputusan sama ada akan berlaku pilihan raya atau tidak dan beliau bukannya peguam. Macam keputusan di Sabah pada 2023 di mana Johari enggan mengosongkan empat kerusi Ahli Parlimen Bersatu Sabah yang mengumumkan keluar dari parti itu.

“Sepatut pilihan raya diadakan di Sabah, tapi tiada. Pakatan Harapan kalah di Sungai Bakap, jadi ada kegentaran di situ. Jika diadakan pilihan raya pun mungkin dalam bacaan mereka, hanya satu Parlimen yang boleh menang iaitu Labuan,’’ katanya.

Justeru, Razali meminta Johari membuat keputusan segera bagi membolehkan enam kerusi Parlimen itu dikosongkan sekali gus membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dengan Nenggiri agar duit rakyat tidak dibazirkan.

Datuk Razali Idris meminta Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan segera bagi membolehkan enam kerusi Parlimen itu dikosongkan sekali gus membolehkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan dengan Nenggiri agar duit rakyat tidak dibazirkan – Gambar Facebook Razali Idris, 7 Julai, 2024

‘Rakyat nak fikir untuk cari makan, nak berniaga….kalau PRK boleh dibuat sekali, maka buatlah sekali jadi Speaker kena cepat,’’ katanya.

Speaker sebelum ini memaklumkan akan membuat keputusan mengenai kekosongan enam kerusi terbabit dalam tempoh 21 hari susulan notis diberikan Bersatu kepada beliau sebelum ini.

Enam Ahli Parlimen berkenaan ialah Ahli Parlimen Tanjong Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul (Bukit Gantang), Datuk Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Zahari Kechik (Jeli) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).

Terdahulu, PRK Sungai Bakap menyaksikan kemenangan calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail, sekali gus mengekalkan penguasaan gabungan terbabit di DUN berkenaan.

Abidin meraih 14,489 undi menewaskan Joohari yang memperoleh 10,222 undi, dengan merekodkan majoriti 4,267 undi. – 7 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related