◉ HEADLINES

PM minta pembangkang segera bincang selesai isu peruntukan, ‘tak payah berlari…kita runding saja’

Jelas Anwar, semua proses peruntukan kepada pembangkang di semua negara demokrasi mengikut prosesnya iaitu rundingan

11:13 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, semua isu mengenai peruntukan kepada pembangkang hanya boleh diselesaikan menerusi perbincangan.

Perdana Menteri berkata, segala perkara mengenai pemberian peruntukan kepada pembangkang di semua negara demokrasi, mesti mengikut prosesnya dan rundingan.

“Saya dah beri penjelasan ini berulang kali walau saya terus diserang kata kita (Kerajaan Perpaduan) zalim tak beri peruntukan (kepada pembangkang).

“Semua proses peruntukan kepada pembangkang di semua negara demokrasi mengikut prosesnya, rundingan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pertanyaan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini bagi menjelaskan kenyataan dikemukakan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim yang meminta kerajaan segera memberikan dana berkenaan kepada pembangkang.

Anwar menegaskan, seperti dimaklumkannya sebelum ini, beliau memberi mandat penuh kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof untuk mengadakan perbincangan bersama pembangkang.

Malah, tegasnya, tiada syarat ditetapkan beliau untuk pembangkang mesti menyokongnya sebelum disalurkan peruntukan.

“Tak ada syarat (mesti sokong Perdana Menteri) itu, saya tidak pernah kenakan syarat itu,” katanya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, ketika beliau menjadi Ketua Pembangkang, pihaknya mengadakan kira-kira enam rundingan bersama kerajaan ketika itu yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendapatkan peruntukan.

“Seperti kami lakukan semasa Ahli Parlimen Bera (Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri), juga diwakili kedua-dua pihak, ada rundingan di mana lima, enam kali.

“Kemudian bila tersangkut satu, dua isu, maka saya selaku Ketua Pembangkang dan PM Bera berbincang dan kemudian kita putuskan serta memuktamadkan,” katanya.

Justeru, Anwar menyeru Awang menyampaikan kepada semua wakil parti pembangkang menyegerakan perbincangan supaya hal mengenai peruntukan tidak terus menjadi isu yang memanaskan Dewan Rakyat.

“Tak payah berlari ke, berjoging ke (untuk peruntukan), tak payah, kita runding saja, bincang saja selesai,” katanya. – 9 Julai, 2024

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related